MyRAKAN

12 Julai 2010

FESTIVAL BUNGA & TAMAN 2010

Festival bunga dan taman kembali lagi...dengan bertemakan "KEINDAHAN TROPIKA" yang pastinya bakal memukau para pengunjung yang hadir...

Aku juga tidak ketinggalan untuk menghayati keseronokan festival yang dikatakan terulung di malaysia...memang meriah dengan bunga warna-warni yang disusun dan diolah menghiasi tapak festival...

bunga2 yang dibentuk menjadi lambang satu malaysia...

tak kurang juga dengan kehadiran spongebob yang telah disumpah menjadi bunga...

serta kehadiran awek2 yang turut memeriahkan festival...

selain daripada bergambar dan berpose2 sana sini, banyak lagi aktiviti2 lain yang disusun untuk memeriahkan festival dan menarik perhatian pengunjung yang datang...tapi yang paling popular bergambar syok sendiri hahaha...mana taknye masing2 datang dengan kamera yang besar2 tergantung di leher...

Bagi kakak2, makcik2, dan sesapa saje yang berminat pada bunga kat sini ada juga pameran pelbagai jenis bunga...ada juga bunga2 yang tak terdapat kat malaysia yang dipamer dan dijual...pendek kata semua ada, panjang je lum kata ape2 lagi...dan juga terdapat gerai orkid, bonsai, gerai herba dan gerai lain2...

pada sapa2 yang lum datang, floria 2010 akan berlangsung di pesisiran tasik, presint dua, dari pukul 9 pagi hingga 10 malam (Isnin-Khamis) dan 9 pagi hingga 12 tengah malam (Jumaat-Ahad), mulai 10 hingga 18 Julai 2010...keluar masuk adalah percuma

p/s: datang jangan tak datang...

Tiada ulasan: