MyRAKAN

20 Julai 2010

KUDA PUTIH POLIS

Haa biasa kan nampak motor ni...gambar ni aku amik masa konvoi rakan muda ke taiping

tadi masa gi lunch, nampaklah banyak2 bas parking kat masjid putra...siap ada motor polis tu tersusun depan bas tersebut...cakap kat member aku, ni mesti rombongan mane2 ni, siap askot polis bagai...bile sampai trafik light kat alamanda, dari jauh nampak dah semua kenderaan di tahan dek abang2 polis ni, pastu muncul berderet2 bas lalu terus menembusi trafik light...

aku tengok semua orang berpandang ke arah bas tu termasuklah aku...mesti diorang semua cakap, dari manelah bas banyak2 ni ataupun bestnya siap askot polis tuu ataupun entah dari mane2 je diorang ni, siap askot2 wat jem jalan je...

aku pun ada gak pengalaman berjalan2 dengan beraskotkan polis...fuhh memanglah best, kita tak yah susah2 berhenti bila trafik light merah, tak yah bersesak2 bila kuar simpang, memang rasa cam orang2 BESAR walaupun naik keter kecik hehehe...

pertama kali semasa persidangan pendidikan di melaka tapi masa tu naik bas...jalan2 cari makan ikan bakar...kira berderet2 gaklah bas

kedua kali plak masa konvoi rakan muda wilayah persekutuan kuala lumpur ke taiping...kali ni memang aku bawa kenari aku...

ketiga kalinya masa konvoi kenarianz dalam gerak gempur anjuran jabatan kesihatan wilayah persekutuan kuala lumpur di sekitar bandaraya kuala lumpur...ni pun aku bawa kenari aku

memanglah satu pengalaman yang tidak akan dilupekan...kalau sebelum ni tengok orang2 tertentu je KINI AKU GAK DAH MERASA memandu di kuala lumpur tanpa henti, memandu tanpa gangguan kenderaan yang lain...pedulilah ape orang nak kata, wat jem jalanlah, kena sumpah seranahlah, yang penting aku PUAS...memandu tanpa henti, menjadi tumpuan orang, terasa dan merasa keglamoran cam orang2 BESAR...

adalah satu keter tu degil tak nak ke tepi masa konvoi kami lalu, datang abang polis terus sepak pintu depan blah draber...kejadian jadi betul2 depan mata aku...nampak lah brader tu dengan muka tak puas hati...tak taulah kemek atau tidak tapi memanglah dengar dentuman sepakan polis tu walaupun masa tu aku tutup rapat cermin tingkap

p/s: berhati2 di jalan raya, memandulah secara berhemah bukan berkhemah


Tiada ulasan: