Salam semua...
aku nak wat entry pun rasa cam nak gelak jugak. korang kalau nak gelak pun gelak lah dulu. gambar lisa suriani kat atas tu sekadar hiasan sahaja takde kena mengenapun dalam ini cerita. tapi ada gaklah mengharap jumpe dia pastu dia senyum senyum kat aku. aummmm!
sebenarnya macam ni...pagi tadi aku pegilah ke MOF macam biasalah. dalam jalan jalan tu ada plak sekumpulan awek senyum senyum pandang pandang arah aku (aweklah kot sebab muda lagi). mula tu watlah tak tau, pandang ke lain. karang aku senyum gak ada plak orang kat belakang...bukankah terkemaluan macam tu.
dah dekat dia senyum senyum lagi. aku pun menjadi tidak karuan. resah satu badan. dia nak ngorat aku ke..hensem sangat kot aku pakai baju kastam ni hehhe mula dah perasan...tapi tu semua ayat penyedap hati orang kata. kat awek awek tu aku wat tak tau je, biarkan ia berlalu begitu sahaja
dah lepas dari group tu aku pandang belakang tapi bukan nak tengok awek awek tu okey. tapi nak pastikan belakang aku tadi ada orang tak. KOMPOM! takde orang lain dah. diaorang semua tu senyum senyum pandang pandang kat aku. kalau bukan aku takkan kat tiang tiang yang besar tu kot...mustahil
dan dan plak aku terpikir...ada apa apa ke terjadi kat aku ni...mulalah aku check
kaki kasut stokin seluar baju semua okey
lap lap muka mata hidung mulut semua okey kot takde taik idung ke taik mata atau air liur basi
kepala rambut semua okey sambil sambil sapu sapu kepala tengok cermin gelap kat tepi tu
KOMPOM aku hensem pagi ni hehe...
p/s; bukan perasan tapi kenyataan...jadi belajar belajarlah terima kenyataan
4 ulasan:
dorang tengah sembang sesama dorang sambil buat lawak la.. aqu n the geng slalu cmtu sampai orang lain pon turut sama sedekah senyum kat kami huhu!
kalau nk sembang pun sekali sekala tu pndg lah member sebelah...ni x pasal2 aku jd jejaka perasan
farehah... bior la sekali sekala dia nak rasa ensem... :D
az..betul tu skali sekala bagilah can kat aku
Catat Ulasan