MyRAKAN

01 November 2010

TT EDISI STIKER


Sabtu lepas 30 oktober 2010 sekali lagi putrajaya telah dipilih sebagai lokasi 'TEH TARIK SESSION' PPEOC edisi tampal stiker. sebanyak 15 biji persona elegance telah berkumpul dengan satu harapan dan satu semangat maka terciptalah satu malaysia (ceh wahhh)

kalau dah ramai tu kompom2 lah banyak perkara2 yang dibualkan dan sekali sekala kedengaran jugak gelak tawa dan sesi kena mengena. TT session kali ini agak istimewa kerana slot yang dinanti2kan iaitu tampal stiker cermin depan ppeoc. ha sape2 yang sudah tempah dah bayar sahaja akan dilayan


selepas tampal menampal kami semua berkonvoi meninggalkan jambatan putra menuju ke taman di presint 18 untuk sesi bergambar untuk diupload ke facebook ppeoc bikin panas pada sape2 yang tak datang...selepas sesi bergambar konvoi sekali lagi ke masjid putra bagi menunaikan solat fardu magrib sebelum bergegas ke mamak presint 15.

sampai2 je kedai mamak sesi borak2, kena mengena dimulakan semula disamping sesi perkenalan member2 baru. dalam kul 9 malam aku pun bergegas balik...kalau nak ikutkan diorang ni sampai ke subuh tak balik2

p/s: harap TT yang akan datang ni bertambah ramailah yang datang...

Tiada ulasan: