MyRAKAN
08 November 2010
JEM
Orang kata jem tu sedap, nak nak pulak jem nanas ermmmm kecut2 manis. dibuat plak tat nanas kompom jadi rebutan terutama masa raya...aku pun tak tau mane sedapnya hehehe. korang penah rasa ke?
tapi ade satu jem yang kebanyakan orang tak suka, lagi tambah tension ado...KESESAKAN LALULINTAS. kalau kat bandar2 besar macam kuala lumpur ataupun johor bahru memang biasa walaupun berbagai2 usaha telah dilaksanankan
bagi putrajaya pula kesesakan memang ade berlaku terutama waktu pergi dan balik pejabat tetapi tidaklah seserius di bandar2 besar. ini mungkin disebabkan ramai telah mampu memiliki kereta sendiri dan penyumbang kepada pertambahan bilangan kenderaan di jalanraya.
pagi tadi kesesakan luar biasa pada aku yang menyebabkan aku lewat sampai ke opis. kalau sebelum2 ini setengan jam aku boleh sampai ke opis selepas menghantar anak dan isteri aku, tapi pagi ini sejam baru sampai. aku tengok takde pun eksiden ataupun keter rosak tengah jalan.
diwaktu puncak inilah polis trafik sepatutnya memainkan peranannya walaupun ia bukan jalan penyelesaian terbaik. tetapi sekarang ini entah mengapa tiada lagi abang2 polis ditempatkan dipersimpangan2 seperti dulu2. adakah mungkin kerana komplain dari sebilangan kecil pengguna yang sering menyalahkan polis2 ini penyebab kesesakan?
semalam kat higway plus ke arah utara pun jem dari pedas sampai seremban. biasalah sempena cuti panjang orang ramai mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung termasuklah aku. sebab2nya hanyalah kerana sebuah lori membawa bajak (JCB). memang patut larangan kenderaan berat di higway diteruskan pada publik holiday.
kepada penguna jalanraya, berhati2lah semasa memandu dan rancanglah perjalanan anda dengan sebaik2nya.
p/s; aku lambat pasal jalan jem...hahaha ada gak alasan kan kan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan