MyRAKAN

30 November 2010

MAHA 2010

Pada hari sabtu 27 november 2010 lepas, aku sekeluarga telah berkunjung ke maha 2010. saje untuk berjalan2 cuci mata. itupun agak lewat petang dah baru gerak menuju ke sana.

bermula dengan pergerakan trafik yang agak lancar dari putrajaya tetapi bila semangkin hampir dengan tapak maha, kelihatan dari jauh seperti deretan kereta macam jalan jem sangat. tapi aku gagah jugak menuju ke pintu masuk utama.

rupa2nya keter banyak2 tu parking kat tepi jalan padahal kat dalam tu melambak2 parking kosong. mungkin kerana bayaran parking kat dalam tu terlalu mahal rm3 sekali masuk. sampai ade yang sanggup membahayakan diri memanjat pagar untuk masuk ke maeps tu. (nasib aku tak sempat snap gambar hehehe)

oleh kerana aku dipaksa parking nun jauh dari tempat pameran maka aku sekeluarga pun naik binatang ni...

aku rasa memang macam tak sesuai gitu naik benda tu untuk rekreasi bersama keluarga terutama yang ada anak kecik. mane tak nye dah lah naik berebut2 nak panjat benda alah tu lagi, berhempit2 dah macam pendatang haram pun ade.

beberapa gambar yang sempat aku snap pakai tipon aku yang tak seberapa tu hehehe...

untuk nangka gergasi tu harganya rm10 sekilo...kalau besar camni kiralah sendiri berapa harganya...

sebenarnya banyak lagi tempat2 yang tak sempat aku merayau2, baru je pegi dewan a ngan dewan yang ade tempat makan tu. tu yang bercadang akan ade kunjungan kali kedua tungguuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!

maha 2010 akan berlangsung sehingga 05 disember 2010 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. malamnya plak tak silap aku ade konsert dari artis2 popular dan tak popular hehe...marilah datang beramai2, macam2 anda boleh lihat dan macam2 anda boleh dapat

p/s; kepada urusetia maha 2010, aku paling tak suka kena naik trektar tu. boleh tak cari altenatif lain tuk masa2 akan datang. yang lain2 ok. terima kasih.

2 ulasan:

messyima berkata...

ade ke urusetia baca belog kau?
hehehee

ady berkata...

hahaha...kalau ade
manelah tau kot2 diorang TERbaca belog aku ni