MyRAKAN

22 Julai 2011

DEMAM LAGI

Masuk ari ni dah 5 hari aku batuk. demam tak..aritu adalah skit-skit tapi hari rasa sihat dah..cuma batuk-batuk je tak ilang lagi. ubat bukan aku tak makan tapi kurang skit lah pasal sehari sekali je aku makan. aritu aku makan ubat belah pagi..skit je pun mak ai penangan dia ngantuk tak hingat..aku ni dah ler duk kat depan sekali tempat orang lalu lalang..nak kata tempat bertanya pun boleh jugak..

aku taulah aku ni batuk nampak cam teruk sangat je..sampai yang kata aku kena tibi..sampai hati kan kata aku macam tu. bukan aku tak gi klinik..doktor check aku dia kata semua ok normal. paru-paru..pernafasan..anak tekak semua okey.

aku kalau bab-bab batuk ni dah lali..pas kawen nilah aku rasa macam dah lama tak batuk lama-lama. dulu ada sampai tiga bulan batuk tak elok-elok. sampaikan 2 kali aku x-ray dada. doktor dah naik pening hehe..sebenarnya salah aku jugak. aku ni kalau batuk tak bleh minum air sejuk..baru nak baik je aku bedal. tak boleh makan yang minyak-minyak dan goreng-goreng..rasa cam elok skit je aku bedal. camne nak baik kan...tu aku tak citerlah kat doktor nanti tak pasal-pasal aku kena sepak keluar..

p/s; uhuk uhuk uhuk...itu sebenarnya senaman anak tekak. tulah kauorang tak tau

1 ulasan:

aizamia3 berkata...

kesimpulan yang bersimpul2.. silalah batuk lagi.. baik untuk senaman anak tekak.. hikhikhik..


psstt: moga cepat sembuh hendakNYA.. ;)