MyRAKAN

12 Julai 2011

KARNIVAL WANIJA GROUP

Pada 8 Julai 2011 yang lalu PPEOC telah mendapat jemputan dari Wanija Group Negeri Sembilan untuk menyertai Karnival Kesihatan Belia 1Malaysia. Berbagai aktiviti telah diadakan seperti pemeriksaan kereta percuma, soaljawab dengan wakil proton, drift, derma darah, cabutan bertuah dan banyak lagi. memang rugi sape-sape tak join.

Wanija Group adalah salah satu service centre kenderaan proton. Wanija juga menawarkan penjualan dan perkhidmatan service kenderaan seperti Honda dan BMW. Karnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah untuk menghantar wife dan zaqwan untuk membolehkan aku join aktiviti ini. setibanya di Petronas Presint 9 kelihatan hafiz, qi dan bun ada, tinggal tuggu ann dari puchong je.Konvoi 5 biji kereta dari Putrajaya amat berjaya sekali dengan kadar kelajuan yang ditetapkan agar sampai ke tempat berkumpul sebelum 8.30 pagi. setiba je ke plaza tol senawang semua dah berkumpul. hanya menanti beberapa orang yang belum sampai...

Setiba di tapak karnival memang agak meriah dengan berbagai acara yang tidak kejemuan..nak-nak plak makan minum semua ditanggung. sampai-sampai sana sarapan pagi, daftar untuk pemeriksaan percuma, cabutan bertuah, jalan-jalan melihat gerai-gerai dan perkhidmatan yang ditawarkan..aku plak tak derma darah...saya takut jarum hehe...

Lebih kurang pukul 3.30 petang aku balik rumah dulu sebab nak amik wife ngan zaqwan..takut jalan jem kerana perhimpunan bersih dan roadblock yang dijalankan pihak polis. tapi member-member yang lain masih lepak disitu sehingga jam 5.00 petang dan mereka lepak-lepak minum di iceroom senawang tu...

p/s: TAHNIAH PPEOC dapat tempat ketiga dalam autoshow

Tiada ulasan: