MyRAKAN

12 Oktober 2010

TADAAAAAAAAAA

Lama gak aku tak hapdet belog ini...tak taulah sebab ape...nak kata takde citer macamlah selama ni aku pandai bercerita hehe. tapi sebenarnya aku malas...terasa letih satu badang

semalam sekali lagi aku terjadi bibik, jaga anak sendiri si zaqwan...bukan pasal pengasuh cuti tapi kerana dia demam batuk2 dan paling risau nak antar dia, muntah2. pagi tu baru kul 9 dah 2 kali dia muntah...sebelum tu malam pun 2 kali muntah, aku pun naik risau takut penyakit lain plak terus masej nora "nak bawa g klinik x 2 kali muntah"

terus bawak ke klinik (lita alis presint 9)...check2 dia muntah pasal tersedak nak kuarkan kahak...lega skit takde ape2 yang membimbangkan...

ni gambar tengah2 demam tapi still masih aktip tak terkawal...suruh tido takmau last2 aku yang tido hehehe...

dulu masa kecik2 takde pun dia demam2 camni sampaikan ada orang tegur "baguslah budak ni takde pun demam2". tapi tak taulah dah besar2 ni (aik dah besar ke?? 10 bulan) selalu je kena demam...boleh dikatakan tiap2 bulan aku terpaksa EL (cuti kecemasan) nasib baik opis aku ni jenis sempoi senang2 je cuti tak banyak citer, cuma aku tak leh lah cuti pada hari2 tertentu kerana tugas

satu je menyenangkan aku, tiap kali gi klinik demam doktor akan cakap "tak perlu risau sebab dia ni aktip" walaupun dalam sakit2 nangis2 tetap nak bermain kehulu kehilir cuma aku rasa nasib tak pandai bukak pintu lagi

zaqwan sekarang ni dah pandai merangkak disamping meniti2 untuk berjalan...gigi pun dah tumbuh dua batang...habis semua nak di gigitnya

p/s: berhati2 lah korang jangan sampai kena gigit

2 ulasan:

Unknown berkata...

x perlah abg adi......untuk anak cuti pun x per....jangan sampai menyesal x sudah dahlah......demam bukan leh bawa main2 bahaya

Irrahady berkata...

betul tu...mmg terpaksa cuti sbb asyik merengik2 je