MyRAKAN

04 Oktober 2010

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI


Rumah terbuka memang dah menjadi amalan di negara kita...rata2 setiap perayaan ada saje umah terbuka, tak kiralah peringkat syarikat, kilang, jabatan dan secara individu...bah kan negara kita sendiri akan menganjurkan rumah terbuka kebangsaan bagi setiap perayaan utama negara...

ada orang kata "ape perlu open house, hari raya kan datang jelah"...kat dunia ni kita buat ape pun orang tetap akan bertanya, kenapa mengapa buat ape dan macam2 lagi...memang susah nak kita puaskan hati semua orang, jadi buat jelah ape korang rasa BAIK...

ada orang buat open house ini kerana senang kita masak sekali banyak, jemput orang ramai2 dan paling penting masa nilah kita bagi masa sepenuhnya melayan tetamu yang datang, yang kadang tu orang sebelah umah yang selama ini takde masa langsung nak bertegur sape...

kadang tu orang buat open house sebab nak cari jodoh...yerlah sambil layan2 tetamu jeling2 skit kawan yang kawan2 bawak, anak2 pakcik makcik yang bertahun2 tak penah jumpe, tak kurang gak jiran2 yang selama ni tak penah tau pun ade awekz siot...

hehehe ape aku merapu panjang2 ni...sebenarnya entry ni khas tuk orang2 ni...
terima kasih kepada kak na pengasuh anak aku zaqwan, zaidi, nana dan ina sebab jemput aku datang umah korang...memang rajinlah korang buat open house, semoga korang dimurahkan rezeki supaya tahun depan panggil aku lagi...minta maaf pada kawan2 lain dan terima kasih kerana menjemput aku

aku kalau boleh memang nak je datang awal kul 2 dia jemput kul 2.01 aku sampai...bukan ape senang orang pun tak ramai lagi, boleh lepak lama skit buat 3 ke 4 round makan...jangan plak aku datang awal sampai2 tak siap lagi, lemamg baru bakar, ayam baru nak sembelih, ketupat baru nak buat...camtu aku nasihatkan bagi je aku duit cukup dapat satu barrel ayam KFC

p/s: sorry kawan2, tahun ni aku tak buat open house, datang jelah umah aku sentiasa terbuka tuk semua...macamlah aku penah buat hehe

Tiada ulasan: