MyRAKAN

22 November 2013

RUMAH BAKTI AL KAUSAR

Salam semua,
Dulu saya pernah buat satu entry mengenai RUMAH BAKTI AL KAUSAR ini...saya dan ahli PPEOC pun sama-sama menbantu memberikan sedikit sumbangan bagi meringankan dan menceriakan adik-adik di rumah tersebut ketika menyambut ramadhan. Masa itu alhamdulillah kutipan amat memberangsangkan sekali melalui event tersebut.

Kali ini sekali lagi Pihak Rumah Bakti memohon sumbangan orang ramai bagi membolehkan pembinaan dewan makan dan tempat belajar penghuni di situ bagi memberi sedikit keselesaan kepada adik-adik al kausar.

Mungkin di luar sana ada insan-insan yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T sedikit kelebihan rezeki yang masih mampu untuk berkongsi keberkatan untuk sama-sama menyumbang bagi anak-anak yatim yang kurang bernasib baik ini kerana mereka juga ada hak untuk hidup seperti anak-anak yang lain.Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa baik pada insan-insan yang dermawan.

Sumbangan boleh terus di salur kan ke akaun Maybank no : 5628 3461 5590 atas nama "Pertubuhan Kebajikan Al Kausar Bangi Selangor".

Moga kita sama-sama mendapat kehidupan yang dirahmati dan di berkati oleh Allah S.W.T dunia dan akhirat, In Shaa Allah.


SUMBER: FACEBOOK RUMAH BAKTI AL KAUSAR 

ps: In Shaa Allah, kami di PPEOC juga akan mengadakan satu program Sunday Morning Drive bagi mengutip dana sumbangan dari ahli-ahli. Sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan melalui kami bolehlah hubungi saya melalui email irrahady@ppeoc.my

Tiada ulasan: