MyRAKAN

17 Julai 2013

JALINAN KASIH AL KAUSAR

Pada 6 Julai lalu, Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC) Central telah menganjurkan satu program amal yang dinamakan Jalinan Kasih Al Kausar di Rumah Bakti Al Kausar Bandar Baru Bangi. Ini adalah susulan daripada survey yang telah dibuat sebelum ini.

Seawal jam 7.00 pagi para peserta yang terdiri dari ahli PPEOC serta keluarga telah berkumpul di Jambatan Putra Putrajaya sebagai tempat berkumpul sebelum memulakan pergerakan secara berkonvoi dengan di bantu oleh anggota trafik Polis Diraja Malaysia Kontijen Selangor.

Alhamdulillah berkat usaha penganjur dan ahli kelab sendiri sejumlah besar sumbangan dari ahli PPEOC, keluarga, sanak sedara serta NGO dan syarikat-syarikat korporat berjaya dikumpulkan bagi meringan sedikit bebanan sempena ramadhan dan syawal yang bakal tiba.

Berbagai aktiviti dijalankan sepanjang sehari bersama adik-adik kausar seperti senamrobik, sukaneka, makan tengahari bersama dan lain-lain acara yang dirancang. Apa yang istimewanya, hari lahir salah seorang penghuni rumah kausar itu jatuh pada hari berkenaan. Jadi sedikit kejutan dari kami PPEOC bagi memberi sedikit kecerian kepada penghuni berkenaan dan yang lain-lain.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dan bukan hanya tertumpu pada satu-satu musim seperti bulan ramadhan sahaja. Terima Kasih tak terhingga kepada Ahli-Ahli PPEOC yang tak jemu-jemu memberi sokongan dan sumbangan. Terima Kasih kepada semua prihatin!!

Layan gambar pulak ekk..
Gambar kenang-kenangan bersama penghuni kausar
Antara wajah2 ahli ppeoc
Gambar bersama anggota trafik yang bertugas
Pengerusi Rumah Bakti Al Kausar Bangi
SenamRobik
Sukaneka
Acara mengejut khas utk ahli ppeoc yang terpilih
Hamper sukaneka
Banner Central yang baharu
Untuk lebih banyak gambar boleh tengok di album mukabuku saya.

Tiada ulasan: