MyRAKAN

27 November 2013

GST: CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN

Salam Bahgia,
Aku ni takdelah pakar dengan GST ni...tapi aku nak jugak kongsi ngan semua apa-apa yang aku tahu tentang GST. Ada jugak maklumat-maklumat yang aku dapat dari sumber-sumber yang boleh di percayai...In Shaa Allah. Kalau ada silap dan salah harap di maafkan dan diperbetulkan.

GST ialah singkatan bagi Good And Service Tax atau dalam bahasa malaysianya Cukai Barang Dan Perkhidmatan. Pada pembentangan bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri kita merangkap Menteri Kewangan pada 25 Oktober 2013 telah mengumumkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan mula dikuatkuasakan di Malaysia pada 1 April 2015.

GST adalah cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah. Berbeza dengan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat, manakala GST adalah cukai berperingkat. Pembayaran cukai dibuat disetiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. Cukai itu sendiri bukan merupakan suatu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali GST yang telah dikenakan ke atas input perniagaan mereka.

GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimport barang dan perkhidmatan. Menurut dalam bajet itu juga barang-barang keperluan tidak akan dikenakan GST.

Benda baru mesti ramai yang tak tau dan tak faham...oleh itu dalam pembentangan bajet itu kerajaan telah memberi peruntukan untuk program-program penerangan dan latihan kepada syarikat dan orang ramai di bawah kementerian kewangan dan jabatan kastam.

In Syaa Allah sedikit demi sedikit saya akan kongsi dengan semua mengenai GST ini. Untuk rujukan boleh lah layari sesawang RASMI GST.

Tiada ulasan: