Pada Sabtu 18 Mei 2013 lepas, aku ngan beberapa rakan-rakan dari PPEOC telah pergi membuat tinjauan awal ke salah satu rumah anak yatim di bangi untuk aktiviti kelab kami sempena ketibaan ramadhan nanti. Rumah anak yatim yang telah kami pilih adalah RUMAH BAKTI AL KAUSAR BANGI yang menempatkan seramai 28 orang.
Rumah Bakti Al Kausar ini diilhamkan bagi mewujudkan sebuah rumah yang lebih sempurna bagi menempatkan anak-anak yatim dan miskin. Memandangkan di kawasan itu terdapat ramai anak-anak yatim dan miskin, maka satu jawatankuasa dibentuk bagi menjayakan hasrat ini.
Setelah mendapat kata sepakat, maka pada 17 September 2011, Jawatankuasa bersetuju menamakan pertubuhan ini dengan nama Pertubuhan Kebajikan Al Kausar Bangi Selangor dan menamakan rumah anak yatim dan miskin ini dengan nama Rumah Bakti Al Kausar.
Pertubuhan ini telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor pada 10 Oktober 2011 dengan nombor pendaftaran: 4491-11-SEL. Setelah itu, sebuah rumah telah disewa bagi menempatkan semua anak-anak yatim ini.
Hasil tinjauan kami, rumah anak yatim ini amat memerlukan bantuan dari segi kewangan bagi menampung perbelanjaan harian serta persekolahan penghuninya selain sumbangan lain dari orang ramai. Kami diberitahu buat masa ini, Rumah Bakti ini belum lagi ada menerima ape-ape bentuk bantuan tetap dari badan kerajaan, NGO atau perseorangan.
Bagi menampung perbelanjaan Rumah Bakti Al Kausar ini ada menjalankan satu jualan amal berbentuk Sijil Wakaf bernilai RM1000, RM500, RM100 dan RM50. Bagi mereka yang berminat untuk menghulurkan sumbangan ikhlas boleh lah terus ke rumah bakti tersebuat atau menhubungi orang yang bertanggungjawab dengan rumah tersebut.
RUMAH BAKTI AL KAUSAR
No. 17, Jalan 4/12C, Fasa 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi.
Telefon : 03-89222016 / 03-87500016
Pegawai yang boleh dihubungi : Encik Ir. Haji Razali bin Haji Basri
012-6439879 / 019-9090888
No Akaun Maybank Islamic : 5628 3461 5590
(PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL KAUSAR BANGI SELANGOR)
atau Sumbangan cek atas nama: PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL KAUSAR BANGI SELANGOR
Hadapan Rumah Bakti Al Kausar |
Antara kenderaan yang digunakan |
Sijil Wakaf |
Sesi temubual bersama penghuni rumah bakti |
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah Taala menolong hambanya selagimana hambanya itu menolong saudaranya"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan