Salam Bahgia,
Takdelah nak timbulkan isu berat..tapi sekadar berkongsi pendapat aje. maklumlah zaman sekarang ni macam-macam yang berlaku...adegan tembak menembak, bunuh membunuh dah macam zaman aku kecik-kecik dulu...main tembak-tembak, konon nak jadi polis atau askar.
Bukan apa timbul isu ni masa aku lepak-lepak tunggu makan malam kat kedai...adalah sekumpulan pemuda pemudi ni cerita pasal pegawai bank yang kena tembak, pastu pasal pegawai jabatan agama kena tembak yang sebelum ini pegawai kastam. penjenayah kes pegawai bank tu alhamdulillah dah dapat tanggap...yang lain tak tau lagi, masih dalam fail.
Bila pikir-pikir, kenapa jadi macam ni? adakah kerana undang-undang negara kita tak kuat ATAU penguatkuasaan yang lemah...banyak sangat budi bicara, terpengaruh unsur-unsur luar, banyak sangat nak berpikir sampai tak terpikir....why? why?? why???
Bila pikir-pikir, kejadian-kejadian ini terjadi selepas termansuhnya undang-undang dibawah ISA...kalau dulu baru cakap je nak buat...dan kena tangkap bawah akta ni...tapi sekarang?????????
Dulu ada jugak terdengar pasal undang-undang nak ganti ISA ni...tapi tak tau status sekarang macam mana...adakah dah dikuatkuasakan, atau tergantung macam tu je. ATAU masih nak pikir-pikir lagi!
Penjenayah semakin berani melakukan jenayah secara terang-terangan...peralatan jenayah pun macam senang je nak dapat...paling mudah, bila musim perayaan...mercun senang-senang je nak dapat...boleh je jual secara terbuka.
ps: just pendapat aku je ni...sebab pemuda pemudi tu dok salah kan orang itu, salahkan orang ini, dolu dolu sape suruh mansuhkan ISA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan