MyRAKAN

04 November 2013

PPEOC MEGA TT SOUTHERN

Salam semua,
Pada hari minggu yang lepas, PPEOC Southern (Johor & Melaka) telah mengadakan Mega TT Southern PPEOC di gunung ledang yang berlansung selama dua hari iaitu dari 2 hingga 3 November 2013. Ia adalah salah satu acara tahunan yang dianjurkan bagi mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ahli dan memupuk semangat kerjasama serta setia kawan sebagai satu keluarga yang besar.

Alhamdulillah aku dan keluarga dapat juga join walaupun hanya hari ahad. Seronok rasanye bila dapat bersama beramai-ramai...berjumpa dengan rakan-rakan sekelab yang lama tak jumpa disamping mendapat kenalan baru walaupun hanya sebentar.

Aku sampai pagi tu memang dah agak lambat..dalam jam 10.30 pagi..memang frust jugaklah tak dapat mandi air terjun..setakat dapat celup-celup kaki je..tapi jadilah sebagai melepaskan rindu kepada puteri gunung ledang. walaupun agak lewat bergerak ke destinasi berikutnya kerana hujan, tapi alhamdulillah sampai juga akhirnya aku sampai ke marina tanjung emas buat pertama kalinya walaupun aku ni lahir di johor hehehe.

Di tanjung emas sekali lagi sesi merehatkan badan selepas lebih kurang 2 jam berkonvoi dan seterusnya sesi ucapan penutup oleh state leader johor serta begambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan sebelum semua bersurai untuk makan tengahari dan bersurai.

Mari kita layan beberapa gambar aktivi dan gelagat peserta Mega TT yang aku amik dari rakan-rakan media crew...Terima Kasih semua, anda sememangnya trampil!
 ps; Antara event terbaekk walaupun aku tak dapat join dari mula


Tiada ulasan: