MyRAKAN

10 November 2013

PPEOC LIGA FUTSAL 2013

Alhamdulillah hari ini dapat jugak aku join liga futsal ppeoc walaupun sebagai penonton je hehehe...ini pun dah final hehehe tumpang gembira pada team yang menang hahaha...mane lagikan kalau bukan putrakids.

Chaiyooo Putrakids....Tahniah!!!!

Liga futsal dah berlansung dari sebelum puasa hari tu..tp terhenti kerana bulan puasa dan seterusnya sambutan hari raya...kemudian lepas tu baru sambung balik untuk pusingan kedua sampailah perlawanan kesepuluh hari ini yang diadakan di klang.

Liga futsal ini terdiri dari 6 team tak silap aku yang mewakili setiap crew ahli dikawasan central ppeoc...walaupun dalam suasana sederhana tapi meriah sekali dengan kehadiran penyokong dan penonton paling ramai katanya sejak liga futsal ini diadakan...Tahniah sekali lagi kepada ahli jawatankuasa, pemain dan penyokong-penyokong pasukan.

Tujuannya satu je, untuk eratkan silaturahim melalui sukan..bukan untuk kita bermusuh-musuh tunjuk sape hebat...yang menang tahniah diucapkan, dan yang kalah tu jangan rasa rendah diri...semua hebat-hebat belaka cuma mungkin nasib tidak menyebelahi anda. In shaa allah kita jumpa dalam siri yang lain hehehe

Satu lagi gambar bajet cute dari penyokong putrakids hehehe





ps; walaupun tak main..tapi semangat kesukanan tetap ada hehehe :)

Tiada ulasan: