MyRAKAN

01 Ogos 2011

PPEOC TT 30JULAI2011

Salam semua...
pada sabtu lepas 30 julai 2011..PPEOC Central telah mengadakan TT sebelum puasa di dataran masjid putra putrajaya. kehadiran dari member-member amat-amat memberangsangkan..amat tidak disangkakan lebih 60 biji persona elegance telah dapat di kumpulkan pada malam itu.

seawal jam 8.30 malam aku telah keluar rumah untuk ke tempat kejadian. singgah kejap kat stesen minyak petronas dan terus bergesas ke sana. sampai-sampai trafik light ke presint 8 tu..jalan tutup pulak. ada maraton katanya. terpaksalah aku pusing ikut bulatan kat presint 1 tu. sampai-sampai tepat jam 9 malam..takde lagi kelihatan kelibat kereta PPEOC. tapi sebelum sempat aku kuar sampai dua biji keter member baru..fuhh sorang tu pakai PE putih tu...mau tak putih mata member-member lain ni

sambil borak-borak, sikit demi skit kereta member melabuhkan diri..datang persorangan, berkumpulan, berkonvoi dari satu-satu kawasan...dan akhirnya terciptalah satu lagi sejarah. hamekk ko hampir 60 biji persona elegance..panjang berderet kat jambatan putra. menjadi tumpuan pelancong-pelancong lain.

sesi diteruskan dengan penampalan stiker bagi member baru dan lama yang belum ada stiker. setelah sesi tampal stiker selesai dalam jam 11.00 malam, sedikit breafing dari SL Putrajaya, Qi Pyan untuk lokasi dan trafik tempat makan...

restoran anjung rimba bangi telah dipilih untuk sesi makan-makan kami. bukan kerana makanannya yang sedap tapi lebih kepada laluan konvoi yang mudah dah parking yang luas.lebih kurang jam 3.00 pagi barulah masing-masing beredar ke destinasi masing-masing.

Terima Kasih pada yang hadir. dan mohon ampun dan maaf jika ade kekurangan dan kelemahan. sampai kita berjumpe lagi di lain aktiviti.

p/s : nk tengok album gambar boleh tengok kat album FB Fakri Muniri dan Mohd Hafidz

Tiada ulasan: