MyRAKAN

24 Ogos 2011

BUFFER RAMADHAN; BERBALOIKAH?

Bulan puasa ni banyak bebeno promosi-promosi makan. lagi-lagi last-last nak raya ni kan. macam-macam promosi buffer..dari harga 20 hinggit sampailah ke 80 hinggit. silap-silap 100 lebih pun ade. bergantunglah pada perkhidmatan dan menu yang ditawarkan.

Ada orang kat buffer ramadhan ni satu pembaziran. harga mak datok mahal gile! kita buka pose bukan nak makan banyak mana pun, cubit-cubit je..tu orang kata bukan aku. dia tak ingat agaknya ape yang dia amik sampai tak hingat dunia..last-last makan tak habis. sekarang sape membazir..sampai kan ade sesetengah tempat terpaksa mengenakan cas pada lebihan-lebihan yang dibuat..

Bagi aku lah..tak salah kita makan di restoran atau hotel yang menawarkan buffer ni. harga ikutlah pada menu dan perkhidmatannya. nak murah pun ade..tapi nanti menu skit dan perkhidmatan tak cantek ko marah plak kan...

Biasa orang memilih buffer ni untuk kumpulan yang besar macam kelab, persatuan, pejabat dan sedara mara yang ramai..nak buka pose sama-sama katakan. dengan buffer ni dapatlah kita makan sama-sama..berbual-bual macam-macam topik tanpa pikir makanan tak cukup..nak top up makanan lah dan sebagainya.

Bagi yang kelab-kelab pulak..memang tak dinafikan selalu dah berjumpe, lepak-lepak, makan sama-sama. tapi betul ke kita makan bersama-sama. ade yang datang lambat kita makan dulu..kadang tu order sama-sama tak makanan kawan kita sampai masa makanan kita dah abis. bila pulak masa kita makan bersama-sama sambil berborak-borak...

Memang betul pendapat orang berbeza-beza..tapi bagi aku buffer ramadhan yang ditawarkan tu ade macam-macam pilihan..murah, mahal, agak sedang-sedang, makanan kampung, western, ala barat, arabian..cuma tepok dada tanya selera. ape yang penting kualiti masa kita bersama dengan keluarga dan kawan-kawan..jadi pilihan ditangan anda.

p/s; ari tu tak puaslah layan STEAMBOAT....

6 ulasan:

Kakkoii berkata...

x berbaloi... dgn kos yg biasa ditawarkan, leh makan 3 hari kat umah..

Irrahady berkata...

betul jugak tu..

FYI berkata...

buffet la bukan buffer

Irrahady berkata...

terlajak perahu boleh diundur terlajak post biar jelah hehe

selamat hari raya maaf zahir batin

Unknown berkata...

salam kenal....

kalo nak try...ada duit lebih sikit x salah untuk mencuba....tapi kalo tiap2 hari layan buffet mau pokai..haha

Irrahady berkata...

betul tu papa mifz..sekali sekala tukau selera