MyRAKAN

02 Ogos 2011

CUTI RAYA

Salam semua...

Puasa baru je masuk hari kedua..tapi dah kecoh-kecoh pasal cuti raya. siap ada yang dah apply hantar borang cuti. masing-masing takut tak dapat cuti raya.

kat opis aku sekarang ni takdelah amik serius pasal cuti raya ni..alhamdulillah. jadi masing-masing boleh dengan senang hati amik cuti raya pada masa-masa dikehendaki. tapi opis lama aku dulu..janganlah. masa semua sibuk-sibuk apply cuti..dalam satu hari tu mesti ade sorang pengawai ngan sorang kerani stay tunggu kat opis kot-kot ade pelanggan yang datang..maknanya opis tak boleh kosang walaupun besoknya adalah hari raya ataupun hari itu adalah raya ketiga.

sape tak sedih tiba-tiba kena tahan tak boleh cuti raya..nak-nak plak boss suruh kita bincang sendiri sape nak stay tunggu kat opis. dan biasa mangsanya adalah orang bujang yang belum ada anak...tapi orang-orang besar ni tak pikir..pakcik makcik yang dah ada anak cucu tu bukan cuti ke mana pun..tak balik kampung duk umah tunggu anak-anak balik ngan cucu.

p/s; masuk ni dah dua tahun aku balik petang nak raya..bertugas tuk negara sapelah tau kan

2 ulasan:

aizamia3 berkata...

takpelah.. janji dapat balik raya dari tak dapat langsung.. ;)

Irrahady berkata...

betul tu aizamia..