Setiap tahun 16 mei, rata-rata kita akan sambut hari guru. macam-macam ucapan dan hadiah kita lihat dan dengar. terutama pada cikgu-cikgu yang pernah mengajar kita kat sekolah dulu.
cabaran sebagai guru zaman sekarang memang mencabar. itu apa yang aku dengarlah dari keluhan demi keluhan cikgu-cikgu zaman sekarang. murid tumbuk cikgu. murid melawan cikgu. murid calar keter cikgu dan macam-macam lagilah hinggalah ada murid-murid yang sampai membuli cikgu. itu belum lagi citer pasal bapak murid-murid...
dimanakah silapnya. adakah kerana didikan di rumah. adakah pengaruh rakan-rakan, media massa internet dan macam-macam lagi. ATAU ADAKAH KERANA DIDIKAN DI SEKOLAH???? persoalan itu jarang-jarang kita dengar.
masing-masing menuding jari menyalahkan orang lain. cikgu yang kita harapkan agar mendidik anak-anak murid pun menuding jari menyalahkan pihak-pihak lain termasuk ibubapa.
cikgu zaman sekarang naik pangkat yang dikejarnya. guru cemerlang, guru gemilang, guru contoh dan macam-macam lagi gelaran yang diharapkan. macam-macam lagi permintaan demi permintaan yang tagih. sampaikan beribu-ribu buku dan belanja terpaksa dikeluarkan oleh ibubapa untuk memenuhi tuntutan sekolah...LAST-LAST apakah hasilnya???dimanakah keikhlasan yang disemai..dimana
cikgu, maafkan saya..bukan saya hendak merendah-rendahkan martabat cikgu. tapi kerana dek segelintir, habis rosak segala-galanya. hancurlah harapan saya, hancurlah harapan ibubapa, hancurlah harapan kerajaan.
p/s; maafkan saya cikgu...ini hanyalah keluhan berdasarkan pengalaman saya
selamat hari guru...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan