MyRAKAN

24 Januari 2011

UBAT EXPIRED

Korang penah dapat tak ubat dah tamat tempoh ataupun expired. ke atau korang tak penah check pun...main belasah je sebabnya ubat tu dari klinik ataupun hospital kerajaan.

minggu lepas adalah minggu paling bayak kali aku ulang alik ke klinik yang sama bukan sakit ke atau pun checkup...

18 jan jam 6petang aku check dengan doktor...sampai2 kat farmasi dia kata ubat takde so kena datang balik esok dari jam 8 hingga 5 petang sahaja...

19 jan jam 12.30tghari aku gi amik ubat kat farmasi klinik berkenaan

21 jan jam 4.30petang sekali lagi ke farmasi klinik berkenaan kerana ubat yang diberi EXPIRED...

sampai2 kat klinik tu aku pun komplen ubat dah tamat tempoh. dengan selamba orang kat konter tu cakap "ok..bile amik ubat ni".

aku : rabu
pastu boleh dia tengok2 pastu terkejut plak camne leh jadi camtu, pastu terus dia kebelakang. datang balik kat aku

orang sepital : mintak maaf encik, nanti kami akan siasat camne leh jadi camni

aku : ok je, takpe

nasib tak jadi ape2 kat aku, tu yang ok je. kalau terjadilah "APA2 YANG TERJADI" mau aku bukak kes, saman semua mane yang boleh:

klinik 1juta , kementerian kesihatan 1juta , kerajaan malaysia 1juta TOTAL aku dapat 3juta hahaha kayo den kayo...

tapi ape nak kecoh2, sama2 keje kerajaan aku pun kadang2 wat salah jugak jadi sama2lah kita terima. dia dah nak ganti baru tanpa banyak citer dah kira ok.

p/s; ubat tu pun aku dah guna 2kali baru perasan, kalau tidak tak tau ape akan TERJADI

Tiada ulasan: