MyRAKAN

24 Januari 2011

FUTSAL PPEOC

Bersempena cuti thaipusam keesokan harinya maka geng2 ppeoc telah mengambil peluang untuk memeluhkan badan masing2 dengan bermain futsal di samba de futsal petaling jaya. agak memeberangsangkan gaklah ahli2 yang hadir samada bermain ataupun bersorak-sorakan. aku gak tidak ketinggalan hadir tapi sebagai penyebok sahaja haha...

seperti biasa dari putrajaya kami berkumpul di petronas persint 9 jam 8.30 malam untuk sape2 yang pergi dengan konvoi bersama. perjalanan agak lancar pada mulanya tetapi mulai sesak di hadapan ioi mall puchong. tapi alhamdulillah kami sempat sampai gak sebelum permainan dimulakan.

oleh kerana penyertaan yang tidak disangka2 daripada booking gelanggang sejam ditambah lagi sejam kerana masing2 begitu bersemangat untuk berfutsal. tidak cukup 2 jam bermain, sehingga tidak mengendahkan beberapa kali pengumuman dari pihak samba supaya mengosongkan gelanggang sehinggalah pihak samba memadamkan lampu.

seperti biasa lepas letih main futsal makan makan kat kedai plak. kali ini restoran upin ipin telah dipilih untuk kami semua melepak2 hilangkan penat serta isi perut. sesampai di restoran tersebut meja pun disambung, makan minum diorder dan sesi borak2 bersambung semula.

sebelum balik sesi breffing dan salam perkenalan pada ahli2 baru yang hadir hari itu serta menampal stiker kereta. semua bersurai kira2 jam 2.30 pagi dengan masing2 pulang ke rumah serta ade yang sambung kedai mamak untuk tengok bola...

p/s; terima kasih pada semua yang hadir terutama geng2 dari negeri sembilan...majukan sukan untuk negara

Tiada ulasan: