MyRAKAN

27 Disember 2010

BOLA

Sebelum aku story lebih panjang lagi, TAHNIAH kepada pemain2 MALAYSIA malam tadi di atas kejayaan mengalahkan indonesia, dan jugak kepada penonton serta penyokong setia MALAYSIA....tahniah semua

aku memang tak tengok perlawanan bola antara malaysia dengan indonesia malam tadi. bukan kerana tidak patrotik ataupun tidak menyokong pasukan negara...tidak tidak sama sekali. tapi adalah kerana aku dalam perjalanan dari melaka ke putrajaya. mulanya memang nak balik lepas asar tapi dapat info plak katanya jem teruk sampai keter tak bergerak.

pagi tadi kuar2 umah kat parking kete banyak lagi, jalan plak clear. dalam kepala otak "cuti ke ari ni pasal malaysia menang malam tadi" maklumlah tak dengar radio mau pun tv lepas perlawanan malam tadi. bukan ke ade satu lagi perlawanan kat indon takkan najib dah umumkan kecutian....ish ish tak mungkin.

rata2 kawan2 yang datang ke stadium menonton perlawanan malam tadi memang berpuas hati dengan permainan pemain malaysia. yelah mane taknye 3-0 lah katakan...semoga pemain2 kebangsaan akan terus cemerlang diperlawanan2 akan datang..amin

p/s; memang sudah menjadi lumrah arena bola sepak malaysia. bila menang akan disanjung tapi bila kalah terimalah padahnya

Tiada ulasan: