MyRAKAN

14 Disember 2010

HARI KELUARGA 2010


Tahun ini sekali lagi keluarga sebelah mak aku menganjurkan Hari Keluarga yang mane tuan umah kali ini adalah mak aku. maka majlis ini pun dibuat dirumah aku Felda Pemanis pada 12 Disember 2010.

seperti perti biasanya majlis akan dimulakan jam 5 petang dengan ketibaan ahli keluarga dan jamuan petang. lepas minum2 petang sambil beramah mesra, solat magrib berjemaah, bacaan yasin, tahlil, solat isyak dan makan....

dari kanan tu chik mail (adik mak), abah aku
memang biasa dia lah yang menjadi imam tuk sembahyang ngan yasin dan tahlil

antara adik beradik mak aku
dari kanan wak yam(kakak), chik nah(adik), mak long(kakak ipar)
yang pegang bola tu zaqwan anak aku, dia pun sibuk cam orang lain

baju putih tu ijal adik aku, dia memang dah ikat kontrak bakar sate ngan kepak ayam
sebelah tu chik najib jiran sebelah


tengah sibuk fikir nak makan ape

antara mereka2 yang hadir

acara2 selingan sambil2 makan beramah mesra gelak menggelak adalah tukar2 hadiah. setiap orang dimestikan bawa satu hadiah masing2, hatta baby setahun 10 tahun pun bawa jugak, bukan ape untuk suka suki memeriahkan majlis.

banyak lagi hadiah kat bawah meja, belakang meja tu pun ade lagi

disamping tu gak ade cenderahati dari tuan umah, cabutan nama bertuah dari tuan umah dan teka kacang dari chik mail yang dimenangi oleh sapiah anak buah aku berumur lagi 4 bulan nak 2 tahun.

lepas settel acara hadiah2, satu lagi acara selingan....

HARI LAHIR ZAQWAN....sebenarnya semua orang tak tau pasal ni, saje buat sepprisss skit kat zaqwan ngan umi dia hehehe...oh ya sebenarnya birhday zaqwan pada 2 disember lepas yang pertama, lewat skit tapi takpe lah nak sambut sampai 2 disember 2011 pun boleh...

sebenarnya satu kelainan sambutan hari keluarga kali ini adalah...........

dekolasi majlis dalam taman hahaha...dengan percikan air pancut yang memancut2. tukang dekonya adalah chik mail...

p/s: tak sempat nak snap banyak gambar kerana aku kena jadi mc...


Tiada ulasan: