MyRAKAN

24 Julai 2013

KETUK-KETUK RAMADHAN 2013

Salam 15 Ramadhan,
Pejam celik dah 15 Ramadhan kita rupanya..maka bermulalah putaran lagu-lagu raya di corong corong radio. Bulan ramadhan ni salah satu rancangan kegemaran aku "Ketuk-Ketuk Ramadhan". biasa memanglah aku bukan suka sangat rancangan masakan ni..tapi yang ni lain..masakan dia simple je tapi telatah hos atau pengacara rancangan bersama artis jemputan itu yang mencuit hati aku dan aku rasa semua orang yang menonton rancangan ini.

Apa yang menarik rancangan ini, walaupun nampak berbentuk rancangan masakan tapi menghiburkan dalam bentuk santai..dengan rancangan yang dirakamkan di pasar tani seluruh negara...satu lagi, lagu background dia memang mengingatkan aku sesuatu hahaha..ape dia??? biarlah rahsia wakakaka..

Ohh ya sebelum lupe saksikan Ketuk-Ketuk Ramadhan setiap hari di TV1 jam 12.30 tengahari.
Shiela Rusly sebagai Pengacara

p/s; memang tergelak lah kalau korang tengok rancangan ini sampai terlupe sekarang ni masa kerja hehehe

Tiada ulasan: