MyRAKAN

29 September 2014

FAMILYDAY CENTRAL 2014


Salam Bahgia,
Alhamdulillah satu lagi event anjuran Proton Persona Elegance Owner's Club (PPEOC) telah berjalan dengan lancarnya...walaupun pada mulanya mendapt kurang penyertaan. Terima KAsih pada semua yang hadir.

Pada Ahad lepas, 28 September 2014 sekali lagi PPEOC Central Region telah mengadakan event Familyday kepada ahli-ahlinya terutama di wilayah sentral. Last diadakan dulu TAHUN 2012 di desa water park kuala lumpur...kali ini Wet World Air Panas Pedas Negeri Sembilan telah dipilih. macam biasa setiap kali event objektif hanya satu untuk mengeratkan silaturahim diantara ahli, baru dan lama, kecik dan besar, serta antara crew-crew di jajahan central. Terima Kasih jugak kepada antara ahli-ahli dari region lain seperti Southern, Eastern dan Northern yang turut sama hadir memeriahkan familyday tahun ini. 

Aktiviti bermula seawal jam 7.00 pagi lagi dengan RnR seremban arah selatan menjadi pilihan sebagai meetpoint untuk berkumpul sebelum memulakan konvoi.

Sarapan pagi yang disediakan..atas bonet pun jadi
Susunan kenderaan sebelum konvoi


Lebih 30 biji kereta persona telah menyertai konvoi dari RnR Seremban yang dikelola oleh marshal dari PPEOC sendiri..Terima Kasih kepada mereka yang sanggup bertugas bagi memastikan konvoi teratur dan selamat.
Ketibaan dan pendaftaran
Tapak sukaneka
Selfie skit sebelum sukaneka mula hehehe
Pemenang cabutan bertuah grandprice
Alhamdulillah...tahniah kepada mereka yang bertuah mendapat hadiah atau hamper..mane-mane rakan yang tidak dapat tu..jangan bersedih...anda semua memang sporting, sanggup datang memeriahkan rakan-rakan yang bertuah.
Cenderahati Familyday yang aku dapat
Haaa..ok yang no.38 tu nombor bertuah aku..dapatlah beg untuk acara cabutan bertuah...yang taparware tu pulak hadiah sukaneka...kumpulan biru dapat tempat keempat aka last hahaha apapun kami semua tetap happy :)

Tiada ulasan: