MyRAKAN

15 September 2014

#THROWBACK: KEJOHANAN FUTSAL

Salam bahgia,
Tengah dok kemas-kemas barang nak pindah rumah..terjumpa pulak barang rare ni..KEJOHANAN FUTSAL PPEOC...bila ingat-ingat memang tragis lah...tapi alhamdulillah berbaloi-baloi

Putra Cheras Jaya...nama kumpulan yang telah diberi hasil gabungan ahli dari putrajaya, cheras dan petaling jaya...ahli kumpulan semua tangkap muat punye...tak tau kelebihan masing-masing..ada yang baru kenal pun..so takdelah target tinggi sampai jadi JUARA kan hehe...dah lah ahli semua main kutip-kutip je...lepas tu sampai masa nak main..sorang sorang tarik diri kerana ada urusan masing-masing yang tidak dapat dielakkan sampailah yang tinggal 4 orang pemain sahaja..tidak temasuk aku..sebab aku memang tak boleh mainlah cuma berlagak macam pengurus wahahaha

Kalau dah macam tu rupanya kompom tak boleh pegi mana bukan...perlawanan pertama berakhir dengan bangga sekali..begitu jugak perlawanan kedua ketiga dan seterusnya sampailah ke perlawanan penentuan juara...tanpa di duga inilah hasilnye JOHON KESELURUHAN.

Terbaru LIGA FUTSAL PPEOC dalam tahun lepas 2013..sekali lagi putrajaya yang diwakili team putrakids menjuarai liga tersebut...kali ini memang aku tak terlibat secara lansung..just sebagai supporter belakang tabir sahaja...lagipun aku bukan pandai pun bab-bab bola ni...nak rancang strategi pun aku tak tau..baik bagi je kat orang yang arif lah kan

Banyaklah aktiviti-aktiviti dalam PPEOC ini yang meninggalkan kesan mendalam kat aku...banyak juga perkara aku belajar sejak terjebak dengan PPEOC...dari hal-hal berkaitan kereta, sukan, konvoi, panjat bukit dan macam-macam lagi lah...kalau korang nak tau korang kena join, tak kiralah kelab apa pun..tapi bila dah join tu kenalah ikut sekali aktiviti yang dianjurkan bukan setakat look n see sahaja...deM!!

Tiada ulasan: