Salam bahgia,
Bermula hari ini bermulalah satu lagi episod baru dalam hidup aku dan ahli keluarga aku...mana tidaknya..kalau selalu boleh bangun jam 6.30 pagi dan masih sempat lagi untuk pusing-pusing satu putrajaya hantar zaheera ke pengasuh, hantar zaqwan ke taska dan hantar wife ke opis...Tapi mulai hari ini dan hari-hari berikutnya 6.30 pagi tu mesti dah ada dalam kereta untuk ke tempat-tempat yang aku sebutkan di atas...
Alhamdulillah...hari ini satu permulaan yang baik walaupun zaqwan tu nangis-nangis jugaklah sebab aku paksa dia bangun dan mandi...tapi sekejap je...selesai mandikan dia terus senyap dan boleh borak-borak dah..dah nama pun budak-budak kan.
Ini adalah kerana aku telah pun berpindah ke VILLA IDAMAN...cehh nama tak boleh bla kan hehehe bagi seronok-seronok je. kawasan tu sekarang memang dah banyak rumah-rumah yang terbina dan kebanyakan orang yang duduk di situ adalah orang-orang yang bekerja di putrajaya...jadi memang terpaksalah keluar awal bagi mengelakkan jem! kuar 6.30 pagi pun kat trafiklight simpang empat nak ke dengkil tu dah que panjang..sampai dua kali hijau jugaklah baru dapat lepas..in shaa allah kalau prestasi berterusan baik bulan depan tukar WP pulak...boleh balik awal hehehe
p/s: gambar tu gambar lama ok...masa belum pindah lagi hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan