MyRAKAN

24 September 2014

KERJA GILE

Salam bahgia,
Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun agak macam kelam kabut dan agak tertekan...semua benda nak kena buat...bukan takde perancangan tapi memang aku suke buat kerja macam ni kot...dulu kawen pun buat sekali harung 3 hari setel semua...

6 FEBRUARI...NIKAH KAT MELAKA
7 FEBRUARI...KENDURI KAT MELAKA BELAH PEREMPUAN
8 FEBRUARI...KENDURI KAT SEGAMAT BELAH AKU

Kali ini pindah rumah baru pulak....Tapi takdelah direkkk terus cuma jarak dalam seminggu macam tu...tapi dari lepas raya sampai habis raya memang sibuk memanjang...sampai semua jemputan open house terpaksa aku abaikan...maaf kepada semua rakan-rakan..tahun depan jangan tak jemput pulak ekkk hehehehe

17 OGOS...BASUH RUMAH
22 OGOS...PASANG KABINET DAPUR
30 OGOS...PINDAH RUMAH
6 SEPTEMBER...KENDURI MASUK RUMAH DAN AQIQAH
8 SEPTEMBER...SERAH KUNCI KUARTERS
9 SEPTEMBER...PASANG ALMARI BILIK

Walaupun letih..tapi bile semua selesai kita rasa puas...baru boleh duduk rehat-rehat takdelah nak pikir itu ini...
Lori waktu pindah rumah
Antara tetamu yang hadir masa kenduri
Kambing Aqiqah Zaheera

Terima Kasih kepada semua ahli keluarga yang membantu terutama dalam penyediaan makanan hari itu...rakan-rakan dan jiran-jiran serta tetamu yang hadir melicinkan makanan.

Kenduri masuk rumah tu aku buat sekali dengan aqiqah anak kedua aku...cuma buat bacaan yassin, tahlil dan doa selamat selepas zuhur...pastu sepanjang hari..makan...

Tiada ulasan: