Maninjau Challet Janda Baik menjadi pilihan lokasi bagi event Familyday Putrajaya Crew bagi tahun 2014 ini. Ia telah berlansung selama dua hari bermula 24 hingga 25 Mei 2014 yang lalu...bertemakan santai dan kekeluargaan...program kali ini lebih kepada acara-acara yang dapat mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan yang memang telah terjalin.
Seawal jam 8.00 pagi...petronas hentian serdang telah menjadi lokasi berkumpul sebelum memulakan perjalanan ke destinasi. Konvoi telah dikelola oleh barisan marshal ppeoc yang mantap yang berjaya membawa peserta dengan selamat....Tahniah
Lebih kurang jam 12.00 tengahari semua peserta telah sampai ke destinasi..sampai-sampai je kompom semua dah lapar...jadi aktiviti pertama kami adalah MAKANNNNN hehehe
Sejajar dengan objektif program..makan pun berjamaah bersila di bawah je hehehe...
Salah satu aktiviti sukanika pada sebelah petangnya...walaupun hujan lebat, tapi semangat yang ditunjukkan tetap padu..Terima Kasih dan Tahniah pada semua...
Seperti biasa sebelah malamnya adalah acara BBQ dan disamping itu juga diadakan acara pertukaran hadiah..yang mane semua peserta dikehendaki membawa hadiah bernilai RM10 ke atas...
Dan acara yang ditunggu-tunggu oleh semua pada sebelah paginya adalah....
mandi sungai...mane tidaknya, petang sabtu tu hujan lebat yang membantutkan kami untuk menterjah air sungai yang sejuk hehehe....dan sebagai kenangan familyday tahun ini dan bersempena mandi sungai, pihak urusetia telah menyediakan TUALA MANDI edisi terhad.
Banyak lagi acara-acara yang berlaku semasa familyday kali ini...in shaa allah ada masa nanti aku story one by one okey hehehe speaking omputih plak :) peace yoww!
untuk lebih banyak gambar sila klik SINI
untuk lebih banyak gambar sila klik SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan