MyRAKAN

04 Jun 2014

KARNIVAL AUTOSHOW & GATHERING 1/2014

Salam Bahgia,
Sesi petang ni aku kasi story skit kisah lama aku dulu di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Tarikh macam yang tercatat kat stiker diatas 16 Mei 2014..tak kisahlah kisah lama atau baru kan hehehe

Event anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah dikelola oleh Persatuan Autoshow Malaysia berlansung satu hari sahaja..tapi aku ada kat situ sampai kul 12 tengahari macam tu..yerlah tengok macam mendung semacam je so aku chow dulu..lagipun aku memang tak parking kat kawasan dataran tu sebab memang dah plan nak balik awal..kalau parking kereta depan mahkamah tu kompom-kompom tak boleh keluar..lebih-lebih kalau dah parking kat tengah-tengah lautan kenderaan
Haaa dapat bayangkan kan...hari tu banyaklah kelab-kelab yang berkumpul untuk merangkul gelaran "The Best Of Club"...agak lumayan jugaklah hadiahnya..disamping sijil siap dapat wang tunai..tapi sorrylah aku tak pasti mane yang menang...kelab PPEOC tak join pun
Antara kelab yang sempat aku snap hehehe dan yang terbaru aku tau "TEGARIASZ" kelab saga tak silap aku...memang first time dapat tau ni...lain-lain acara macam biasalah kalau dah melibatkan kereta dan kelab-kelab kereta kompom ada pertunjukkan autoshow selari dengan nama event "Karnival Autoshow And Gathering Club Siri 1/2014"
Antara yang menarik perhatian aku..tapi yang paling aku kagum..gambar dibawah...kalau korang nak tau ia kereta kebanggaan rakyat malaysia...proton saga yang fesyen lama...nampak simple dan berbentuk kekeluargaan...dan last sebangai kenang-kenangan
Sijil, tshirt dan stiker untuk mereka-mereka yang membayar RM15...Aku join event-event begini bukan sebab minat nak modified kereta..tapi just jalan-jalan menimba pengalaman.

Ramai kat luar sana yang salah anggap kepada golongan-golongan atau event-event macam ini..dikatakan membazirlah, membuang masa dan sebagainya..tetapi mereka tidak mengetahui ia adalah satu kepuasan lagi-lagi kalau ramai yang melihat jentera mereka..jadi aku ni kira nak bagi semangat pada diorang lah untuk lebih produktif dan kreatif dan dunia modifikasi kenderaan.

Macam biasa untuk lebih banyak gambar sila ke MyFOTO hehe
Cewah :)

Tiada ulasan: