Salam bahgia,
Sekarang ni memang dah menjadi trend kot, forwed mesej-mesej yang tidak tentu halanya..kadang yang dok menghantar tu pun bukan baca kot...mana taknya benda dah terlepas pun dia dok forwed jugak..memang mengong kan...
Satu lagi trend sekarang...mesej tu mesti tertulis kawan aku, kawan kawan aku, kawan kakak aku, kawan kepada kawan kawan aku dan yang seumpama..dah macam cerita apa tu namanya aku pun tak ingat..ala cerita yang yassin pelat tu...man laksa tak silap aku hehehe...lepas tu jalan ceritanya mesti secara umum..shopping mall, supermarket, kedai dan lain-lain lah..kalau boleh lah ko tu perihatin sangat dengan orang lain..bagi tau alamat tempat tu terus...contoh jangan pergi ke kedai mak kiah kat tepi simpang trafiklight tu...sebab dia jual bla bla bla...kan senang..takdelah orang lain tertanya-tanya mane tempatnya dan satu lagi takdelah kita sentiasa didalam kerisauan yang berganda.
Banyak lagi lah mesej-mesej seumpama ini yang aku terima terutama daripada group watsapp..memang bersepah-sepah..termasuklah hadis-hadis yang kadang-kadang aku yang jahil ni pun terasa macam sesuatu gitu...tapi korang dengan gembira telah memforwednya kepada orang ramai..kena pulak yang terima itu terlebih jahil dari aku...mereka pun percaya silap-silap terus amalkan...ingatlah wahai kawan-kawan semua, kita dah dapat share kerana terpesongnya akidah orang itu.
Macam tu jugaklah bab makanan halal tak halal ni..tapi bila aku check kat e-HALAL ok je produk tu diiktiraf pihak JAKIM. bab-bab halal haram ni memang boleh buat gaduh..aku rasa dah pun aku bagi pendapat aku kat ENTRY sebelum ini. bukanlah aku ni tak amik berat pasal hal ini..tapi bagi aku cukuplah ada logo halal kat makanan atau barangan itu..lagi pun kita kat malaysiakan..in shaa allah semua ok tak perlulah kita nak bersusah payah sampai check kod itu kod ini yang entah kita paham entah tidak..tapi bila ada timbul perasaan was-was tu wajib kita tinggalkan.
Aku haraplah korang pahamkan dan selidik dulu ape-ape yang korang nak forwed kan tu...tengok jugak..adakah ia mesej sampah, cobaan untuk menjatuhkan seseorang atau kumpulan, palsu dan lain-lain yang seumpama...panduan dia sama je..kalau ada rasa was-was tu delete je..cukuplah setakat kita..selamatkan kawan kita yang forwed tu dari terus mendapat share kejahilannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan