MyRAKAN

30 Julai 2014

PENDAPATAN NAIK SELEPAS LAKSANA GST

Malaysia dijangka memperoleh tambahan pendapatan sebanyak RM3 bilion selepas tahun pertama pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, tambahan pendapatan ini dijangka meningkat kepada RM9 bilion pada tahun keduanya dan peningkatan hasil negara ini seterusnya akan disalurkan kembali untuk manfaat rakyat.

Pelaksanaan sistem cukai itu, jelasnya, dapat mengembangkan ekonomi negara sebanyak kira kira 0.3 peratus selain mengurangkan ekonomi terselindung atau insiden mengelak cukai sebanyak 15 peratus.

"Ia juga boleh membantu sektor eksport negara untuk berkembang kira kira 0.5 peratus," katanya selepas melawat projek Kompleks Niaga Kubah Ria, di Kuching baru baru ini.

Beliau berkata, sektor pelancongan juga akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan GST berikutan satu skim pembayaran balik pelancongan akan diwujudkan untuk menggalakkan pelancong berbelanja -BERNANA

SUMBER: Berita Harian, Rabu 30 Julai 2014

Tiada ulasan: