MyRAKAN

23 Julai 2014

TT PUTRAJAYA EDISI SALAM KEMAAFAN

Salam 25 Ramadhan,
Alhamdulillah malam tadi, berlansungnya Official TT bagi jajahan Putrajaya bagi edisi bermaafan sempena syawal yang bakan menjelang tidak berapa lama lagi...Ini bagi memberi peluang kepada semua ahli ppeoc terutama di bawah jajahan putrajaya crew bersalaman..bermaafan sesama sendiri sebelum masing-masing pulang ke kampung.

Tanpa disedari lebih kurang hampir 30 biji kenderaan persona telah mewarnai jambatan putra putrajaya seawal jam 9 malam. Orang baru...orang lama semua sama-sama telah memeriahkan aktiviti mingguan tersebut...Antara acara yang berlansung selain beramah mesra, berkenalan serta berborak pelbagai isu juga agihan tshirt santai central dan sampul raya bagi mereka yang telah membuat tempahan sebelum ini...tidak ketinggalan jugak bagi ahli menunaikan tanggungjawab dengan membayar yuran tahunan dan tepek stiker kelab di kereta masing-masing. Tambah diserikan lagi dengan kehadiran rakan-rakan kelab dari shah alam.

Selepas selesai segala urusan memperbaharui keahlian, menampal stiker..agenda selanjutnya adalah pergi ke kedai pilihan untuk sambung berborak sambil mengisi perut dan membasahkan tekak. Restoran Darussalam presint 16 telah menjadi pilihan...dan semua bergerak secara konvoi untuk ke sana
Acara berakhir lebih kurang jam 12.30 tengahmalam dengan bersalaman serta bermaafan sempena hari raya yang bakal menjelang...semoga ikatan kekeluargaan semua ahli ppeoc berterusan...berjumpa lagi kita pada aktiviti akan datang

Tiada ulasan: