Salam Bahgia,
Mesti ramai yang tertanya-tanya apa tu amateur...kalau tanya makna kat aku aku pun tak tau hehehe..tapi amateur yang aku maksudkan kat sini adalah "local brand" tshirt yang baru yang diusahakan oleh kawan-kawan aku jugak...
Haa hensemkan hahaha..dah diorang tak nak amik aku jadi model...so aku memodelkan diri sendiri untuk belog aku ni kah kah kah...
Ok..tshirt ni kira keluaran pertama diorang..kain dia memang lembut, tebal dan rasa selesa lah bile pakai..yang aku pakai ni kaler putih..selain tu diorang keluarkan jugak tshirt warna hitam..setiap design limited katanya..hanya dikeluarkan sekali sahaja..kalau habis tu kira habislah takde keluar lagi untuk design yang sama.
Ohh ya..harga tshirt ni RM40 sehelai...warna Hitam dan Putih setakat ini...kalau berminat korang bolehlah klik SINI untuk maklumat lanjut atau pertanyaan...tanya sendiri kat owner..kalau aku jawab nanti kena bagi komisyen plak hehehe
Support local brand...
MyRAKAN
03 Jun 2014
02 Jun 2014
ISU HALAL
![]() |
| e-Halal |
Salam Bahgia,
Hari ni terajin plak kan nak update belog ini hehehe...almaklumlah keje semua dah beres, cuma tunggu bos semak dan minggu depan bakal selambak kerja aku akan menimbun..masa tu tak tau lah sama ada aku sempat update belog ke tidak..apa pun aku cuba yang terbaekkk hehehe..Isu halal ni pun dah banyak kali keluar..cuma berlainan produk..sebelum ni pun ada dah aku buat entry pasal HALAL
![]() |
| Sila Klik untuk paparan |
Baru je Datuk Seri Jamil Khir ni buat pengumuman pasal isu coklat cadbury..tapi dah kecoh kat laman sosial yang ngata macam-macam kat JAKIM..sampai ada yang kata "aku dah agak dah" huhuhu.
Memang tak dinafikan sekarang ni macam-macam orang boleh lakukan sampaikan status makanan kita pun kita tak dapat nak tentukan..bukan tu je..sumber kewangan kita pun kadang-kadang kita tak dapat nak tentukan statusnya.
![]() |
| Klik untuk paparan |
Pihak jakim dah keluarkan kenyataan dan memberi jaminan bahawa produk yang telah mendapat sijil halal malaysia adalah terjamin kesuciannya..jadi kita boleh gunakan tanpa was-was lagi..kalau bukan pihak jakim yang boleh kita percayai..sapa lagi yang hendak menyediakan dan menyelia makanan kita, keluarga kita dan anak-anak kita.
Ramai yang kata kita makan coklat lain lah...yang lain-lain tak sama ke, lagi-lagi yang tidak mendapat pengesahan halal dari pihak jakim
![]() |
| Sila Klik untuk paparan |
Papero...takde isu kan...tapi yang pasti ia tidak mendapat sijil halal dari jakim.
Ini adalah pendapat aku...aku taknak lah bincang isu ni lebih lanjut sebab aku ni pun bukan makan sangat coklat ni. cuma sekadar membuka minda kita untuk menerima hujah orang lain walaupun ia bercanggah dengan hujah kita...senang je..kalau kita masih was-was..tinggalkan sahaja, tak payah makan, tak payah beli, tak payah tengok dan tak payah nak cakap-cakap..
TUGAS BARU
Salam Bahgia,
Mesti ada yang masih ingat tentang PERTUKARAN aku kan hehehe..klau ada lah hehe...lepas-lepas tu memang takde entry dah..nak kata busy sangat tu takdelah..tapi biasa lah orang barulah katakan..keje semudah ABC pun buat merangkak-rangkak amik masa berjam-jam nak setel huhuhu
Sekarang ni baru dapat rilek skit hahaha macam selama ni busy sangat kan wakakaka...banyak benda nak story ni sebenarnya tapi semua back dated lah ekk..in shaa allah ada masa nanti aku akan buat skit-skit untuk dikongsi bersama pembaca yang lain...
Ohh ya berkaitan tugas baru aku...aku bukannya pindah opis pun..just pertukaran dalaman sahaja, masih tetap di jabatan yang sama. Memang lama dah aku inginkan duduk di Bahagian Sumber Manusia ni, sejak dari SPP lagi...mana tidaknya dah 11 tahun aku berkhidmat, asyik buat co-busnness jabatan sahaja.. ini pun sebagai salah satu persediaan tuk naik pangkat hehehe kalau ada rezekilah nanti..sape tau kan.
Ok setakat ni dululah...nak wat-wat sambung kerja pulak..nanti bos baru nampak aku rilek sangat pulak heehe

Langgan:
Catatan (Atom)