MyRAKAN

14 Ogos 2014

HILANGNYA SATU KEPERCAYAAN

Salam bahgia,
Macam novel tak tajuk tu hahaha sebelum tu nak bagi tau..gambar atas tu takde kena mengena ekk sekadar hiasan sahaja hehehe...

9 Ogos lalu, zaheera dan berumur 6 bulan...masa yang ditunggu-tunggu sebab tengok masa raya hari tu pantang tengok orang makan...asyik nak menyebok je..siap menganga mulut. nak ikutkan hati memang kesian...tapi atas sebab menyokong target my wife tuk bagi susu ibu sahaja selama 6 bulan tu...jadi aku turutkan aje.

Jadi bila dah cukup 6 bulan maka my wife pun buzy lah pagi-pagi tuk sediakan makanan untuk zaheera... bukan main risau lagi dia...takut anak dia tak nak makan bubur yang dia buat tu...balik opis je amik zaheera dari pengasuh terus tanya..alhamdulillah, HABIS licin..cuma menurut pengasuh dia tak nak minum susu dah... tambah lagi fenomena baru...bagi aku ia sebab perubahan usia kanak-kanak...jadi ada pasang surutnya..tapi wife aku lain pulak..macam-macam andaian dia..biasalah naluri keibuan katanya hehehe

Baru-baru ini....setelah sekian lama, maka terjawab jugak segala persoalan yang bermain difikiran wife aku sejak dari sebelum raya lagi...lebih-lebih berkenaan isu zaheera tak nak minum susu...pengasuh zaheera mengaku dah lama dia bagi zaheera makan! Ini bermakna zaheera dah makan atau minum selain susu ibu sebelum berumur 6 bulan! Selama ni dia tak bagi tau ape-ape pun...dia cuma kata zaheera tak nak minum susu...tak nak minum susu...yerlah ko dah bagi makan benda lain...mestilah susu dia tak nak ataupun sebab dia dah kenyang.

Terasa macam tertipu hidup-hidup...misi kerajaan pun sentiasa bagi tau..jangan bagi makan sebelum umur 6 bulan..tak kan lah dia tak tau...berdaftar dengan jabatan kebajikan konon..pegi kursus itu ini..tak kan benda simple macam tu pun dia tak tau...

Dilema pasangan berkerjaya...nak cerewet sangat nanti takut dia lakukan sesuatu kat anak kita...jadi kebanyakkannya akan berdiam diri dan bersabar...sekadar berdoa semoga tiada ape-ape berlaku kat anak-anak kami.

Kadang-kadang jeles tengok orang yang tinggal dekat dengan mak bapak...anak kita pun diorang tolong jagakan...dah lah dapat jimat belanja..tenang datang ke pejabat..terasa anak tu selamat berada di samping ahli keluarga sendiri.

Walauapapun kita cuma mampu berdoa semoga semua ahli keluarga kita dilindungi dan dijauhkan dari sebarang musibah.

Tiada ulasan: