Salam bahgia,
Zaqwan sekarang ni dah pandai pulak sibuk-sibuk nak ambil gambar...tapi kalau kita suruh dia duduk diam kita nak amik gambar dia..dia tak mau pulak...Gambar atas ni aku amik sebab dia sibuk nak bergambar..gambar bawah ni pulak dia yang amik...semua nampak mata je hahaha
Ikutkan aku ni bukan suka sangat amik gambar..tapi kalau bergambar memang laju..sebab tu kalau apa-apa aktiviti memang malas nak bawak kamera...kompom-kompom gambar kita takde kan..jadinya tunggu je lah juru-juru gambar mengambil dan uplod gambar hahahaha bijak tak?
Lama kan takde cerita pasal zaqwan...dia sekarang kadang tu tengok macam lain macam sikit...mungkin sebab dah berkongsi kasih dengan adik dia zaheera...tapi alhamdulillah setakat ni takde percubaan dia untuk mengapa-apakan adik dia tu...risau jugak kan.
Baru-baru ni adalah pegi jumpa cikgu tadika dia...tanya-tanya pasal pelajaran dia..sebab setakat kami tahu dia tak kenal huruf lagi ni..bunyi-bunyi suku kata pun dia tak tau...just menghafal je...tapi tu lah menurut cekgu dia kat sekolah dia memang pendiam sikit..tak banyak main..cuma kalau dah abis kerja sekolah baru pegi main ngan kawan-kawan dia...
Tapi kat rumah lain pulak perangai dia...mungkin takut kat cikgu kot..sebab garang...aku memang percaya kat cikgu...buatlah apa pun cuma jangan terlampau teruk sangat sudah..sampai tak boleh berjalan atau bangun...setakat lebam-lebam sebab dia nakal tu go on sahaja hehehe tapi setakat ni memang takdelah..lebam kena cubit ngan kawan adalah huhuhu...
Semoga muhamad zaqwan menjadi anak yang soleh dan sentiasa bahagia didunia dan akhirat...ayah dan umi sentiasa bersama zaqwan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan