Salam bahgia,
Sempena bulan kemerdekaan ini entry KIBARKAN JALUR GEMILANG menjadi pilihan pembaca belog DUNIA ADY. Terima kasih pada semua yang sudi membaca, belek-belek post lama.
Post ini adalah sempena bulan kemerdekaan 2011 dulu...tapi entahlah sekarang ni macam takde masa dah aku nak pegi cari bendera untuk di pasang..lagi-lagi sekarang ini aku dalam proses pindah rumah..bertambah-tambah lah tahap kesibukannya...tapi in shaa allah aku memang ada tekad dah untuk aku memasang bendera di kenderaan aku cuma tak tau lah nak bentuk macam mana..jeles tengok kawan-kawan ramai yang dah pasang hehehe
Semangat patrotik masih tebal lagi ok...tapi bukan sampai tahap fanatik! kalau itu memang nafsu mengusai akal...kita je yang betul..buat sesuatu pun ikut cara kita sahaja tanpa memikirkan orang lain dan yang lebih teruk lagi sampai ada yang melanggar undang-undang negara kita...tak taulah apa nak kata..macam dah tak bertamadun pun ada kan...
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...marilah ramai-ramai kita kibarkan jalur gemilang di rumah, pejabat, kenderaan dan di mana kita berada sebagai memperingati pengorbanan pahlawan-pahlawan kita tak kira zaman dulu, zaman sekarang, zaman jepun, zaman british, zaman inggeris, zaman 50an, 60an, 70an, 80an, 90an atau zaman 2000an ini...semua mereka telah berbakti untuk keamanan tanahair kita Malaysia.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
YANG KE-57
SEMOGA MALAYSIA AMAN SELAMANYA
MERDEKA!...MERDEKA!!...MERDEKA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan