Sabtu lepas sempatlah jugak aku pergi tukar timing belt jentera aku ni...selepas sekian lamanya, risau jugak bila bawak jalan jauh-jauh...mula tu plan memang nak buat kat putrajaya je, tapi memandangkan masa telah mencemburui aku, tiap-tiap hari minggu terpaksa balik ke kampung, maka terpaksa jugak tukar di melaka...nasib baiklah ada member yang bukak bengkel.
Mesti ada yang berbunyi..wat ape gi bengkel jauh-jauh, mane-mane bengkel pun lebih kurang sama aje...yerlah, aku duk masjid tanah, pegi bengkel kat durian tunggal semata-mata nak tukar timing belt. Tapi buka itu sebenarnya tujuan aku...disamping membantu menyokong bisnes rakan-rakan, boleh jugak kita berkenalan...selama ni kenal macam tu je, takde kesempatan pun lagi nak berborak-borak rapat.
Set Timing Belt harga RM230 |
Lupe nama dia..Harga RM60 |
Set timing belt tu aku beli dah siap-siap kat serdang. Tapi oleh dah alang-alang buka semua, maka tukar sekalilah..takdelah nanti bukak banyak kalikan...lagi pun aku tengok benda tu pun dah merekah-rekah...risau time layan kat higway nanti terus putus...ya allah jauhkan...Oh ya upah pasang pulak RM160..tak taulah aku mahal ke murah, sebab aku ni memang tak berapa rajin nak survey-survey.
Satu lagi benda patah ditemui..benda ni kat tayar..mesti time aku tukar tayar hari tu..tapi tak mustahil jugak kalau ia patah sendiri..huhuhu tak taulah aku nak kata apa...lain kali kalau gi bengkel memang kita kena duduk sebelah..tengok je ape dia buat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan