Salam Jumaat,
Alhamdulillah...malam tadi berlansunglah aktiviti mingguan PPEOC bagi Putrajaya Crew yang kami namakan TT Putrajaya atau perjumpaan mingguan yang biasa diadakan setiap 2 minggu atau bila-bila masa jika ada keperluan. Macam biasa TT diadakan di Jambatan Masjid Putra Putrajaya dalam jam 9.00 malam.
Dianggarkan lebih kurang 20 biji jalopy dapat dikumpulkan pada malam itu. Seperti biasa aktiviti malam itu, sesi borak-borak sambil beramah mesra, berkenal-kenalan, ambil dan bayar merchandise kelab, tampal stiker dan sebagainya sambil menunggu rakan-rakan yang lain. Pada malam itu juga ada membuat sedikit derma kilat bagi seorang ahli PPEOC Northern Crew yang sedang sakit terlantar di hospital bagi meringankan sedikit beban dan perbelanjaan diri dan keluarganya.
Lebih kurang jam 11 malam, semua yang ada pun dah keletihan dan kedahagaan..tak kurang jugak ada yang dah kelaparan. setelah mendapat persetujuan semua, restoran seafood soho bandar baru bangi telah menjadi pilihan seterusnya untuk sesi minum dan makan serta menyambung agenda yang tergendala. Seperti biasa jugak pergerakan ke kedai makan dibuat secara konvoi, bertujuan membiasakan dan memahirkan diri ahli terlibat dengan konvoi yang diketuai oleh marshal ppeoc sendiri.
Barisan jalopy yang ada |
Sesi menampal stiker |
Sesi isi perut |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan