Salam Jumaat,
Ok tak tajuk entry macam tu hahaha...aku bukan nak cerita macam mana cara untuk kita tambah pendapatan...tapi aku rasa macam nak buat bisnes pulak, tapi tak tau bisnes ape nak buat..dari mana nak mula hehehe
Sekarang ni, kehidupan kita semua memang sememangnya mencabar fizikal dan mental. mau tidaknya sana sini kita dengar keluhan orang...duit gaji tak cukup, gaji 3K sebulan pun tak cukup...macam mana kira tu...aku ni lagilah gaji tak sampai 3K pun...tapi BR1M pun tak layak...tapi alhamdulillah, bersyukurlah kita dengan apa yang ada...isteri jugak yang banyak membantu dan memahami.
Kadang tu bila aku dok termenung mengenangkan nasib diri sendiri...nak je wat keje part time. tapi bila bincang-bincang balik dengan wife, katanya takpe lah..nanti bila aku kerja part time masa bersama keluarga mesti berkurangan...maklumlah dah kepenatan...so aku batalkan niat tu...tapi sekali sekala tu muncul balik jugak niat tu.
Kadang terpikir jugak nak buat bisnes...mane tidaknya tengok macam best je orang lain buat bisnes sendiri, masa bekerja ikut masa kita...sekarang ni kan femes bisnes online, takyah susah-susah cari tapak kedai, bayar sewa dan sebagainya...tapi bila pikir-pikir balik, mana aku nak mula, apa bisnes aku nak buat, mana modal nak cari...semua bermain-main di dalam fikiran sampai sekarang.
Walauapapun saya tetap bersyukur dengan apa yang ada...walaupun kadang-kadang terpaksa berikat perut, tapi masa untuk bawak keluarga berjalan-jalan, balik kampung, bersama-sama rakan, join aktiviti bersama rakan-rakan PPEOC dan lain-lain...masih diberi rezeki dan masa oleh-Nya. Alhamdulillah......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan