Bermula dengan borak-borak di laman web jaringan sosial, Facebook mengenai kemunculan model Persona dengan facelift baru, dinamakan Elegance, siapa menyangka dalam masa tidak sampai setahun persatuan yang menghimpunkan pemilik model baru itu kini mencecah ahli lebih 1000 orang.
Presiden Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC), Muhamad Fakri Muniri, memberitahu komuniti awal kelab itu sudah wujud sebelum model itu berada dalam pasaran.
"Ia bermula apabila tersiar gambar spyshot Persona Elegance (PE) di dua laman blog automobil tempatan. Kami berkenalan di ruang komen blog itu dan kemudian ada pula rakan yang buka laman peminat (fanpage) di Facebook atas nama Persona Facelift kerana ketika itu tiada lagi nama Elegance".
"Dari situlah kami berkenalan dan berborak hingga model PE dilancarkan. Apa yang unik kewujudan komuniti awal PPEOC bermula sebelum kami membeli model itu lagi", katanya.
Selepas sudah memiliki kereta idaman itu, masing-masing terfikir kenapa tidak sebuah kelab ditubuhkan kerana mereka sudahpun memiliki komuniti yang agak ramai dan akrab di dunia maya. Ketika itu jumlah pemilik PE lebik kurang 30 orang, manakala ahli Facebook kira-kira 300 orang.
Suatu hari, seorang rakan dari ipoh, perak mencadangkan kami supaya menubuhkan kelab tidak rasmi yang kemudian tertubuhnya nama PPEOC hasil singkatan daripada Proton Persona Elegance Owner Club. Dari situlah ada rakan yang secara sukarela mahu membuat pelekat kenderaan dan borang pendaftaran untuk mendapatkan nombor pengenalan diri.
Kemudia pada bulan puasa tahun 2010, majoritiahli bersetuju mengadakan perjumpaan pertama di Dataran Putrajaya yang kebanyakkannya dari kawasan sentral untuk berkenalan yang selama ini hanya mesra di alam maya. Kemuncaknya pada 1 Januari 2011, satu perjumpaan besar-besaran diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka membabitkan semua ahli PPEOC.
Selepas melihat aktiviti kelab semakin berkembang selain terdapat beberapa kekangan akses dalam laman Facebook, saya sendiri dengan pengalaman yang ada mengambil inisiatif membangunkan laman web rasmi kelab, kata fakri.
Apa yang membanggakan, ahli PPEOC kini bukan sahaja tertumpu di kawasan Lembah Klang, tetapi juga telah melebarkan sayapnya ke negeri-negeri di Utara, Selatan, Pantai Timur Semenanjung dan Borneo. Seiring dengan objektif utama kelab ini yang mahu mengeratkan ukhuwah sesama pemilik persona, pelbagai aktiviti dianjurkan membabitkan konvoi, kerja amal, berfutsal, menonton bola, makan malam, perjumpaan ahli dan hari keluarga.
Siapa saja boleh anjurkan aktiviti dan bukan semestinya ahli jawatankuasa kelab. Misalnya, kalau dia di Kuala Terengganu, dia boleh saja tulis dalam forum untuk ajak rakan kelab sekitar bandar itu keluar minum, kata fakri.
Setakat ini tiada yuran dikenakan untuk menjadi ahli melainkan bayaran untuk pelekat kereta. Jika ada yuran dikenakan nanti, ia sebenarnya akan digunakan untuk aktiviti kelab. Apapun ia masih dalam perancangan dan akan diputuskan dalam mesyuarat agung kelak.
Bagi pemilik Persona Elegance yang berminat menyertai PPEOC boleh mendaftar keahlian mereka dengan memasuki laman web kelab di www.ppeoc.my atau www.facebook.com/ppeoc
Sumber : Majalah AutoShowCase Edisi Khas Jan/Feb 2012
p/s; akhirnya dapat jugak aku semadikannye di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan