Salam semua...
Kalau cuti-cuti ni terutama cuti yang panjang macam cuti raya aji baru-baru ini..kat bandar-bandar besar macam kuala lumpur..trafik clear..takde jem yang teruk-teruk macam kebiasaannya. mane tidaknye semua pakat-pakat ambik kesempatan balik ke kampung untuk beraya. maka higway-higway dan jalan-jalan kampung pulak yang jem.
Sebenarnya aku juga tidak terkecuali..rasa-rasanya sekarang ni takdelah seteruk macam dulu-dulu. walaupun kereta banyak di atas higway tu tapi kenderaan masih bergerak walaupun perlahan..takdelah macam dulu pernah jem dah macam kat kuala lumpur..padahal kat higway mane ade simpang siot jauh sekali trafik light..tapi tetap jem.
Sekarang ni mungkin sebab orang ramai dah sedar..dan mula merancang perjalanan mereka. ade yang balik awal..tambah lagi cuti sendiri untuk mengelakkan kesesakan. tindakan dari PLUS sendiri dengan memperkenalkan jadual perjalanan untuk pengguna lebuhraya. disamping pembesaran lagi jalan-jalan di lebuhraya.
Pada aku kesesakan di lebuhraya ini berpunca dari pengguna itu sendiri..ada segelintir pengguna yang mementingkan diri sendiri..suka bertukar-tukar lorong, masuk sesuka hati tanpa memikirkan orang lain..tak kurang juga pemandu-pemandu yang suka menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan. lepas tu bila ade kereta rosak atau polis kat lorong kecemasan tu berpusu-pusu nak masuk ke jalan yang lurus semula. Tak kurang hebatnye jugak pengguna yang memandu terlampau perlahan. menimbulkan keresahan dan ketensionan kepada pengguna lain.
Pokok pangkalnya pada kita jugak..kalau semua bekerjasama ikut peraturan bersabar insya allah perkara ini takdelah terjadi semakin teruk..Alhamdulillah lah sepanjang perjalanan aku malam tadi takde ternampak kemalangan walaupun kecik-kecik macam selalu..yang kena saman kerana lalu lorong kecemasan ada..tu memang patut pun..sepatutnya adakan lebih ramai polis ngan peronda plus di lorong kecemasan tu keluarkan saman kepada mereka..dapat duit boleh jugak sediakan kemudahan pada pengguna higway semuanya...
p/s; nasib baik tak jem teruk sangat malam tadi..dari masjid tanah kul 9 malam sampai putrajaya dalam kul 11.30 malam...
1 ulasan:
dah lama tak balik Masjid Tanah.. rindu kat orang kampung... huhuhu..
Catat Ulasan