Salam semua...
kat malaysia ni memang macam2 surat khabar ade. kecik besar tebal nipis NST Utusan Berita Metro Kosmo dan macam2 lagilah. dari berita2 ape yang terjadi sampailah yang belum jadi semua ade kat surat khabar.
baru2 ni berlaku banjir kat 3 negeri Johor Melaka Negeri Sembilan. semua info pasal banjir kampung itu kampung ini, bandar itu bandar ini, rumah kedai ditenggelam air masuk surat khabar.
orang datang membantu mangsa banjir, bagi sumbangan itu ini, puji satu pihak keji pihak lain pun masuk surat khabar.
orang mati orang eksiden, orang lemas sedih pilu, orang tengah duk dalam perahu, kereta tersadai semua masuk surat khabar.
TAPI jalan2 yang ditutup dek kerana banjir TAKDE plak masuk surat khabar. kalau ade peristiwa2 orang2 vip nak lalu atau datang baru masuk surat khabar JALAN DITUTUP dari semua jenis kenderaan kerana banjir.
TAKDE ke orang surat khabar ni nak update TIAP2 HARI maklumat jalan2 yang ditutup kerana banjir. dah nama pun nak memberi maklumat kepada orang ramai. jadi takdelah orang2 yang nak balik kampung ke, bercuti ke terlalu jalan tu sampai tersadai 5 6 jam dalam keter. terpusing2 mencari jalan2 alternatif.
kalau pasal BOLA boleh plak siap letak kat muka depan keputusan2 perlawanan bola sepak tiap2 hari walaupun takde kena mengena pun ngan negara kita.
p/s; macamlah ade orang surat khabar baca belog aku ni kan hehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan