MyRAKAN

07 Februari 2011

NASI AYAM GEMAS


Salam semua...
pada khamis lepas 3 februari aku sekeluarga telah menjamu selera sampai ke gemas. menunya mestilah nasi ayam gemas yang disebut2 sedap katanya. ini semua adalah gara2 kerana jalan nak ke segamat telah ditutup kerana banjir. jalan tu adalah jalan buluh kasap dan jalan segamat-muar.

bermula dengan runtuhan jambatan di berhampiran persimpangan felda jelai. aku gagah jugak mengikut jalan lain untuk ke gemas berpandukan abam gps. alhamdulillah akhirnya selamat jugak sampai ke gemas dan perjalanan di teruskan lagi dengan lancarnya.

sampai2 buluh kasap je jalan di tutup dari semua jenis kenderaan kerana banjir. sekali lagi tanpa berputus asa aku melalui jalan kampung jugak dengan bantuan abam gps untuk melalui jalan muar. tapi memang hampa bin hampeh sekali lagi kekecewaan di situ.

panggilan telefon kepada emak aku pun di buat menceritakan perkara sebenar dan penarikan diri dalam sevivor ini. tak kanlah aku nak keluar tol pastu lalu tol yong peng. mak ai jauh gile...

kemudian kami mengambil keputusan untuk balik semula ke melaka melalui tol tangkak. sekali lagi kami telah terperangkap dek banjir dan barulah kami tahu bahawa kami di kelilingi air seperti terperangkap di sebuah pulau. dan jalan yang ade hanyalah jalan yang kami lalui tadi.

matahari dah tinggi, perut dah lapar, anak aku dah gelisah mane taknya terpusing2 tapi tak sampai jugak. di gemas jalan2 cari makan akhirnya terjumpe restoran nasi ayam gemas dan paling penting terletaknya di atas bukit. tengok2 gak kedainya takut mangsa banjir kebersihan tidak terjaga.

ok, berbalik kepada nasi ayam gemas. sedap memang sedap dari nasinya ayamnya sampailah ke sop memang sedap. rasa sok2 kalau terperangkap kat banjir lagi nak singgah lah hehe...keadaan kedainya pun menarik deko ala2 moden, bersih dan hargapun murah rm5 satu set.

p/s; camne dah bertahun aku lalu situ tak perasan restoran NAG ni..mungkin atas sebab kelaparan kot

2 ulasan:

nifhana berkata...

kat kampung aku nk bukak cawangan gak nag ni ady n mak aku la yg pergi kehulu ke hilir kursus untuk bukak cawangan nih...aku pun dh rasa..sedap!

Irrahady berkata...

mak ko nk bukak ke..best tu leh ajak ko mkn free hehe