MyRAKAN
31 Oktober 2014
SPONSER FAMILYDAY CENTRAL 2014
24 Oktober 2014
SELIPAR OHH SELIPAR
23 Oktober 2014
SERVIS #VERVX
19 Oktober 2014
KAN COMEL BERTUDUNG
Salam bahgia,
Saje semalam pakai kan si zaheera ni tudung umi dia...macam comel je...macam cantekk je kan hehe
Tapi sekejap je...tak sampai seminit pun dia dah mula tarik-tarik tudung tu...bukan tudung je...stokin pun sama...dah pandai dok tarik-tarik bukak stokin tu...kita ni kesian takut dia sejuk...mungkin dia tak selesa sebab licin kan susah dia nak bergerak.
Sekarang ni zaheera dah berumur 7 bulan...dah boleh merangkak sikit-skit...tapi bab meniarap memang laju dah dia...tau-tau je karang dah kat dapur.
18 Oktober 2014
DAH MACAM KEMBAR PLAK
Salam bahgia,
Gambar ni diambil lepas raya haji hari tu...masa ni aku cuti mr.mama kerana tadika anak aku yang sulung tu tutup... Dah alang-alang cuti, jaga teruslah dua-dua...kalau tak sunyi plak nanti kannnn.
Masa ni zaheera anak aku yang kedua tu memang follow je apa abang dia buat...mainan pun dah pandai gaduh-gaduh...nak jugak apa yang si abang tengah main...bagi yang lain dia tak nak! Time nyusu pun sama...si abang nyusu dia pun nak susu sama...zaheera ni masih nyusu ibu, jadi terpaksa panaskan jugak susu dia...tapi bila tengok dua-dua dok nyusu macam comel plak...baru nampak dia dok diam...kalau tak, habis satu rumah di kemasnya.
Memang agak letih menjaga kedua-dua budak ni...tapi kalau salah sorang takde tu rasa sunyi pulak...macam tak lengkap.
Alhamdulillah lah...syukur pada Allah swt sebab bagi aku kekuatan tuk menjaga diorang ni selama dua hari...memberi kesabaran yang tinggi.
05 Oktober 2014
SELAMAT HARI RAYA HAJI
Salam aiduladha,
Dah jadi macam trend zaman sekarang, ucapan hari raya melalui watsapp je...raya aji ok lah kot..tapi raya puasa pun sekarang dah macam tu...bukan tu aje, jemput kawen pun sekarang dah guna watsapp...mungkin lama-lama nanti tradisi hantar kad kawen pun terima nasib macam kad hari raya.
Alhamdulillah tahun ni aku diberi lagi kesempatan untuk berhari raya disamping keluarga tercinta walaupun kita dikejutkan dengan berbagai berita malapetaka yang berlaku dimusim perayaan atau cuti...memang ngeri kalau didengar apetah lagi dilihat...semoga kitq semua dijauhkanlah dari musibah tersebut.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM; DAN
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT HAJI KEPADA SEMUA JEMAAH HAJI, SEMOGA BEROLEH HAJI YANG MABRUR DAN DAPAT MEMIMPIN KAMI KE ARAH KEREDHAAN-NYA