MyRAKAN

18 Oktober 2014

DAH MACAM KEMBAR PLAK

Salam bahgia,
Gambar ni diambil lepas raya haji hari tu...masa ni aku cuti mr.mama kerana tadika anak aku yang sulung tu tutup... Dah alang-alang cuti, jaga teruslah dua-dua...kalau tak sunyi plak nanti kannnn.

Masa ni zaheera anak aku yang kedua tu memang follow je apa abang dia buat...mainan pun dah pandai gaduh-gaduh...nak jugak apa yang si abang tengah main...bagi yang lain dia tak nak! Time nyusu pun sama...si abang nyusu dia pun nak susu sama...zaheera ni masih nyusu ibu, jadi terpaksa panaskan jugak susu dia...tapi bila tengok dua-dua dok nyusu macam comel plak...baru nampak dia dok diam...kalau tak, habis satu rumah di kemasnya.

Memang agak letih menjaga kedua-dua budak ni...tapi kalau salah sorang takde tu rasa sunyi pulak...macam tak lengkap.
Alhamdulillah lah...syukur pada Allah swt sebab bagi aku kekuatan tuk menjaga diorang ni selama dua hari...memberi kesabaran yang tinggi.

Tiada ulasan: