MyRAKAN

25 Julai 2013

SERIBU 1 PENGERTIAN

Salam 16 Ramadhan semua...
Hari ni aku nak share ngan semua satu nukilan dari rakan saya di mukabuku..kita tengok ia macam satu seloka tetapi kalau kita hayati betul-betul besar pengertiannya..sama-sama lah kita amik ikhtibar.

SITUASI 1
Bercakap pasal kenduri, takkan boleh tak cakap pasal jemputan.
Bagi yang dah selalu buat kenduri, mesti ada senarai jemputan yang dah biasa dijemput.
Dalam ramai-ramai jemputan, selalunya ada pengunjung tetap. Dia ni pasti akan datang.
Tapi ada juga yang dijemput berkali-kali tak pernah nampak muka.
 

Jemput sekali tak datang.
Oh, mungkin dia sibuk.
Ada kenduri lain agaknya.

Jemput kali kedua pun tak hadir.
Hmmm...kenapa ya dengan dia?

Jemput kali ketiga pun tak datang.
Eh, pelik sangat ni.
Nak bermusuh dengan kita ke apa.

Adakah nak dijemput lagi kali keempat?

Ada sejenis undangan, setiap hari, 5 kali.

Tuan rumah memanggil pagi, tengahari, petang, senja, malam.

5 kali.
Kita dengar.
Tapi tak pergi.

Dia jemput lagi tengahari.
Pun kita tak pergi.

Petang pun dia panggil lagi.

Senja pun tak datang.

Malam pun tak datang?

Bukan sehari tapi berhari-hari.
Tak datang jugak?

Apa agaknya perasaan Tuan Rumah berkenaan?



SITUASI 2
DUIT RM 100 & RM 1

RM 1 : Aku cemburu dengan kau

RM 100 : Kenapa pulak?

RM 1 : Kau dipegang oleh orang2 kaya, dibelanja di tempat2 mewah. Semua orang menghargai kau. Tak macam aku..

RM 100 : Walaupun aku selalu dipegang oleh orang2 kaya tapi aku selalu dibawa masuk ke tempat2 maksiat, kelab malam, tempat main judi. Sebenarnya kau lagi beruntung. Aku cemburu dengan kau...

RM 1 : Kenapa pulak?

RM 100 : Walaupun aku dihargai semua orang, di bawa masuk ke tempat2 mewah, tapi aku jarang sekali dapat masuk dalam tabung masjid...


p/s; ia juga sebagai peringatan kepada diri aku jugak

Tiada ulasan: