MyRAKAN

20 Oktober 2012

KEMBARA AMAL MERISIK KHABAR

Salam semua...
Dipetik daripada majalah Kereta Bilangan 154 Bulan Oktober 2012.

Program Amal merupakan salah satu aktiviti kebajikan kebanyakan kelab kereta bagi merapatkan silaturahim antara ahli kelab dengan rumah kebajikan yang terdapat di malaysia.

Dengan niat bagi membantu golongan yang lebih memerlukan keperihatinan dari masyarakat luar, Central Livinian Association telah menganjurkan program amal pada hari ahad, 15.7.2012 yang diberi nama Kembara Amal Merisik Khabar ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas (ROTA), kg. Pulau Meranti Puchong dan mendapat kerjasama dari beberapa kelab kereta di malaysia dan juga syarikat korporat. Jumlah keseluruhan peserta program yang terlibat adalah seramai 350 orang.

Tujuan utama gabungan kelab kereta dalam program amal ini adalah bagi membantu pihak pengurusan ROTA yang diteraju oleh puan Muji Sulaiman serta bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim ahli kelab dengan masyarakat luar bersama rumah amal kebajikan, di samping itu juga bagi menerapkan nilai murni dan pentingkan kasih sayang kepada galongan warga emas.

Anatara kelab-kelab kereta dan pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah menjayakan kembara amal ini adalah seperti berikut:

Penganjur Utama : Central Livinian Association (41 buah)
Dengan kerjasama dari:

1. Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC) (50 buah)
2. MyStream Club (3 buah)
3. MyOdyssey (4 buah)
4. Marshall dari MMC (11 buah)
5. G14 Sport & Event (Rakan Komunikasi) dan
6. Hilux Club Malaysia (Convoy Lead) (7 buah)
7. Polis Diraja Malaysia dari IPK Shah Alam Selangor (4 buah)

Jumlah keseluruhan peserta konvoi adalah 120 buah kenderaan.

Program ini juga telah mendapat sumbangan dan perhatian dari syarikat korporat, syarikat milik individu, badan kerajaan/berkanun, serta sumbangan dari individu ahli kelab dan masyarakat sekitar kuala lumpur dan selangor.

Semoga amal kebajikan dan sumbangan kepada yang lebih memerlukan ini akan berterusan di masa akan datang.



p/s: semoga sumbangan yang sedikit ini dapat membahagiankan mereka

Tiada ulasan: